Wednesday, February 24, 2010

2 pingat je..

Tu dia peserta LDR tahun satu sedang menunggu giliran...LDR? lari dalam gunilah...anak saya Fauzul Azim dan team rumah merahnya dapat perak
Semua peserta perbarisan sedang menunggu arahan untuk membaca ikrar...


Ni dia peserta golf kampung tahun 3 sedang beraksi, pemenang pingat emas lagi..tahniah Aiman dan team rumah merahnya...cool aje tolak bola. Pemain golf pertama di dunia yang pakai songkok...huhu


Tak sempat ambik gambar bebanyak, tetiba badan seram sejuk.. dan terus lepak kat surau sekolah..huhu

Friday, February 12, 2010

Happy Birthday

11 Febuari..

Anybody remember my birthday...sms anak saya yang berada di Kelantan pagi tadi. Terus saya ucapkan Happpy 15th Birthday...
Lain kali jangan tunggu anak tanya dulu kot...sepatutnya ayah yang ingat dulu

Anak kedua saya ni...Muhammad Naufal Harraz lahir pada 11 Febuari 1995 bersamaan 11 Ramadhan. Sekarang belajar di MTS Nurul Aman, Kok Lanas Kelantan. Tengah cuti bersama neneknya di sana.



Happy birthday Naufal ...Moga jadi anak yang soleh. Selamat belajar dan beroleh keputusan dengan jayanya dalam PMR. Moga jadi huffaz sedikit masa lagi. Insyaallah


19 febuari..


Dapat jugak cuti di Kelantan bersama-sama baru-baru ni dan sempat ke MTSNA semasa program bersama ibubapa.

Ini ialah gambar Naufal dihari persekolahannya

Ini gambar pelajar2 tingkatan 3 sedang membaca ikrar beriltizam memperoleh yang terbaik dalam PMR. Tinggi jugak target MTSNA...90% dapat 6A ke atas. Moga berjaya..

Bagaimana pencapaian mereka dalam tahfiz? Ada lebih kurang 10 orang atas Naufal...juz 19 ke atas. Program terkini penyertaan 10 orang untuk tahfiz 30 juz bulan Jun in di Mekah bersama2 100 orang pelajar tahfiz seluruh Kelantan...Aminnn. Naufal terpilih tak?

Tak...sikit lagih.

Welcome..

Ahlan wasahlan buat 2 teman yang baru pindah ke taman perumahan saya. Pertama ialah kawan sekolah yang dah lama tak jumpa sejak lepas SPM...hmmm, lebih 25 tahun dulu, saudara Samsulkamal. Jumpa jugak di masjid 2/3 hari lepas. Beliau yang kenal saya dulu...macamana boleh ingat ye? Saya pun susah nak cam zaman muda-muda saudara Shamsulkamal ni
Masih hensem lagi...ujarnya...huhu, perasan la pulak la saya

Kedua ialah saudara Faris, teman serumah di Cardiff belasan tahun yang lalu. Pun jumpa di masjid. Pakai moto Ninja merah rakan saya ni...hmm, memang kegemarannya masa muda dulu ialah melukis sport car dan segalanya yang canggih..

JB tak sebesar mana kan? kat mana pun bertemu juga..teringat pulak semasa visiting Cairo zaman muda-muda dulu, selepas bertemu..orang disana sentiasa berdoa moga bertemu kembali di akhirat (syurga) kelak..insyaAllah

Memang saya rindu pada semua Muorian dan Cardiffians

ikan di laut, asam di darat,,,dalam periuk, bisa muafakat
Hmm...ramai jumpa jumpa di facebook aje

Sunday, February 7, 2010

Ustaz Zahazan @ JB

Antara ayat yang disebut Ustaz Zahazan pagi tadi di Masjid Taman U:

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
(QS Taubah: 18)
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam) , tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar ( QS AlFath: 29)

Jom main layang-layang

Satu petang kira-kira tiga minggu lepas kami sekeluarga ke Mutiara Rini - Hutan Bandar MPJBT. Sesak dengan orang. .Musim layang-layang dah mula rupanya. Tak sempat bersantai, tambahan pula hari dah lewat dan sikecil dah mula menangis...
Hari ni sempat ke Bandar Dato' Onn ke Festival Layang-layang Antarabangsa yang ke berapa entah. Tempat baru. Sebelum ni di Pasir Gudang. Macam kurang meriah pulak.. Hmm, mungkin strategi Johorcorp nak promosi BDO tak menjadi kot.
Apa-apa pun enjoy jugakla. Tak boleh lama-lama...lapar la pulak.