Wednesday, April 23, 2008

http://masjidtspp.multiply.com


Rasanya Masjid pertama kot kat JB ada Laman Web
gambar kat atas tu sempena Majlis Maulidurrasul Masjid TSPP baru-baru ni..
Ihsan sedang mengambil hadiah mewakili adiknya Naufal yg dapat 5A UPSR

Tuesday, April 15, 2008

Our Black 14...4 tahun berlalu

Bagi yang mengkuti arena politik...Black 14 dah pun berlalu tapi bagi kami sekeluarga Black 14 tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 4 tahun lepas pada 14 April 2004, hari Rabu... ialah perginya almarhum bonda yang dicintai, Hajjah Napsiah bt Salleh ke rahmatullah. Kebetulan semuanya ada nombor 4

Pergi yang tak berganti. Aduhai... masih tengiang-ngiang lagi hembusan nafas ibu di hari-hari terakhirnya, masih terdengar lagi suara ibu dikala keseorangan, masih tergenang airmata bila mengenangkan ibu . Ya Allah...ampuni dosa ibu. Tempatkanlah dia di syurgaMu..AlFatihah

Friday, April 11, 2008

Sukan SRIH ke 20

Ya Allah kami redha akan kekalahan jika kekalahan itu akan menjadikan kami hambaMu yang sabar...Menangkan lah kami jika kemenangan itu menjadikan kami hamba Mu yang akan mendokong perjuangan menegakkan syariatMu

antara doa anak-anak semasa ikrar sukan SMIH pada 5 April baru-baru ni...Tahniah semuanya!