Monday, December 22, 2008

Ni le keja dia..

Jom tengok2 hasil contengan anak lelaki ke-3 saya zaim arfan, 12 tahun…
ni le keja dia cuti sekolah ni …amacam, ok tak?

aiman dan fauzul

zaim, self potrait

naufal

huda





Sunday, December 21, 2008

Slow sikit...

Anak ke-4 saya, Ajep(muhammad nazif) , 11 tahun baru berkhatan semalam
15 minit dah settle semua...
Ok je, tak ada masalah..
bila keluar op. room..dia agak malula sebab ada 2/3 keluarga lain sedang menunggu
tadi tak ade orang pun...
Ajep duduk dulu ye, abah nak tunggu amik ubat

aaa...tak nak la,nak gi kete terus
terus saya bagi kunci kereta kat abangnya, naufal tolong ajep...
ajep nampak macam berlari...kelakar jugak dengan kain pelikat yang agak ganjil dengannya dan dak terikat dengan kemas
ey...slow siket...(nanti terlepas)

kebetulan ada en zul tukang gunting menemankan anaknya
wah dah berlari dah!
...segan kot. Ok aje tadi...
..sapa yang sunat bang?
ni ha

...ok la (nampak mmg jauh lebih besar dari ajep)
...kepada anak yang baru berkhatan last minute macam ajep
semoga sempat sembuh sebelum masuk sekolah
..selamat menjadi dewasa!

(Berapa kali tanya ajep sakit tak?, Tak…jawapnya selamber…nampaknya bertuah bebudak zaman sekarang, ubat tahan sakit dll tu berkesan, rilek aje dia sepanjang 2 hari selepas khatan, Cuma makan aje kena tahan sikit...)

Friday, December 19, 2008

..berani dia kat HPG

...tengah feeling fasal abah tetiba je pemandu sebelah kanan keta aku macam memanggil aku
bercakap sesuatu...bukak tingkap keta dia
sign language...
JPJ?
...
LEFT, kata ku sambil tunjuk isyarat kiri
...
dia ingat aku suruh ketepi jalan kot...
diapun kekiri jalan
aku buat isyarat lagi depan, lepas tu kiri
...
faham la tu kot...
lantas aku meluncur pergi
...tak sempat perhati betul ke dia belok kiri menghala JPJ
ye la tu...
macamni pun ada
nampak macam mat salleh aje driver tadi
jangan tiru ye..especialy kat highway pasir gudang (HPG)

baru tadi ada accident yang dasat...
lori dengan lori tangki
kawan akau lambat 1 jam sampai ofis
HPG, HPG..
teringat mat despatch dulu asyik lambat datang keja
jem kat HPG katanya...

Thursday, December 18, 2008

C 8149...batu enam bakri

...mohon tuan2 doakan supaya di ampunkan dosa almarhum ...almarhum adalah anak tempatan, semestinya ada perbuatan yang tak disenangi ...
...semacam biasa didengar skrip yang sama puluhan kali semasa suara imam ali bercakap semasa kami mengusung jenazah ke van ...
...Cuma kali ni bukan simulasi KBM saban minggu aku dan kawan-kawan

Kulihat dengan ekor mata satu2 orang kampung yang melawat...mana wajah2 pakcik-pakcik yang kukenal...kucari satu-satu saudara seusia abah...satu, dua, tiga...mana wak salleh dari hujung kampung? Mana pak mail jiran sebelah rumahku?, mana wak kasan...pak andak...kini cuma wajah-wajah baru seusiaku mengisi segenap ruang...aduhai, rupanya ramai saudara seusia abah yang sudah mendahuluinya menemui ilahi...

diri...
mengapa kau terlalu berlengah semalam
bukahkah kau telah bersiap seawal pagi...
...
...
Tujuan aku balik kampung semalam hanyalah rutin biasa untuk menjaga abah...agak lewat dari biasa kerana meladeni anak2 di taman PT ..tetapi sehampir sampai ke tol pagoh, utehku menefon abah sudah tiada
Innalillah...
...
arghh...
jangan menangis diri,
...
kerana sesungguhnya
engkau telah diberi masa secukupnya untuk berbakti.
...
+
Sangat sedih rasanya...sms alang di mekah
Abang long cabut keja kejap...wakilkan ayah bawak adik-adik
Andak baru balik sehari dua lepas...2 hari
Pukul 11.30 abah ok lagi...macam biasa
+
...
...
'Anaknya ye..’
'Saya ji (haji kahar)’
'(Saya) kawan baiknya…’
'...dari mana ji..’
'kg tengah, dekat rumah pak mahad’
'Mm...(saudara dekat aku jugak rasanya'

'Kalau tak hafal yasin, baca qulhuallah aje..’
Lalu kami sama-sama naik van yang membawa jenazah abah

alhamdulillah perjalanan ketanah perkuburan batu 6, bakri dimudahkan kerana mendapat khidmat anggota polis yang mengiringi dihadapan...mesti abang din dah contact kawannya... tak payahlah menunggu di traffic light....almaklum dah banyak traffic light sejak ada jalan pintas Muar ByPass yang memotong semua jalan kampung lama di kawasan selatan Muar.

namun terasa jauhnya perjalanan...bukankah jalan-jalan ini yang selalu ku tempuh semasa berulang alik untuk pulang ke kampung semasa disekolah asrama dulu?...bukankah ini jalan-jalannya ke pusara ibu?...mungkin tiada suara anak-anak yang sentiasa disisi bila berkenderaan, hanya suara haji kahar membaca yaasin ....jalan-jalan inilah aku hampir terlelap semasa hendak menziarahi ayah di satu senja dulu...dan ...melalui jalan-jalan inilah kenanganku sentiasa terusik...

Jangan menangis diri,
Masa lalu buat kau menginsafi diri
Dan bersyukur masih punya abah
hingga kepertengahan usia ini
Kullunafsin zaaikatilmaut
...kini hanya doamu mengiringi

C 8149...abah
catitla kat hp no ni...mana tau
ingat pokok je lim...
tak boleh jugak bang, mungkin kena tebang nanti...
sahut sipenggali kubur...

...dan seusai talkin dan sebelum melangkah pergi
nanti seminggu jenguk lagi ye..., kata haji kahar
tengok-tengokkan tanahnya ,..
aku mengangguk
... insyallah
bungkam lagi...


sementara itu msg tone hpku terus berbunyi...
...tumpang kete abang ngah
... nak singgah kubur atok mak dengan abang long?
...jom

6315...
Pusara bonda
pohon disebelahnyapun sudah tinggi


6088...
zuleffendi...
semak disekitarnya sudah menutup bumi
aduhai...lamanya aku sudah tidak ke sini

Alfatihah buat ayahanda, bonda dan anakanda, zuleffendi ahmad talib
Buat kalian yang masih punya ibu dan ayah
Hormati dan berbaktilah pada keduanya sepanjang hayatmu
...
Jazakumullahukhairan kepada semua yang mendoakan...juga tak terbalas semua sms yang bertali arus...

juga sahabat2 yang menziarahi tempohari




Thursday, December 11, 2008

Salam Aidil Adha


لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَ‌ٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ

عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ


Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (al Hajj:37)
muga amal kita meningkat dan cinta dunia kita tersembelih
jom tengok gambar korban

Friday, December 5, 2008

... asimo: apa khabar semua?


I
...ari dapat gak bawak bebudak gi nengok asimo kat CS, hehe...kalau dah tengok citer A.I, short circuit, wall-e, dah baca sci-fi novel memang mendukacitakan tengok asimo...ye la kepala ni dah imagine yang bukan-bukan dan lagi advance, rupa2nya 'stakat tu' aje teknologi cerdik pandai masakini...pandaila ngomen
II
satu lagi bila DJ asimo suruh tepuk, berapa kerat aje yang tepuk...semua rileks aje, tak meriah betol...padahal sebelum tu di tmpt yang sama disebelah bila ada promosi pelancongan sebuah negeri pantai timur (ada joget) dan di plaza KR ada ala-ala konsert...bukan main lagi yang hadir bertepuk...
...ke orang kite aje yang lebih2 bila berhibur