Thursday, January 31, 2008

GPU...

Haritu sempatla gi GPU...tupun lepas zaujah sms suruh pegi carik barang yang sangat dihajatinya selama ni...tunggu SALE katanya. Ada bebarang 88sen lagi la, hari ni aje...bla, bla, bla...dan nak jaga hati... pegi jugakla. So lepas terkejo2 amik anak kat sekolah sempatla dapat barang tu just before maghrib kot....tupun selepas parking agak jauh dan berjalan agak laju macam masa muda2 dulu, selepas berasak-asak dan selepas tak rambang mata nak beli benda-benda lain...selamat poket aku.

Alkisahnya masa nak keluar tu...mungkin dah masuk maghrib agaknya, maka berpusu2 pulak la orang lain nak masuk. Tengok tu San...yang bertudung ada, yang berkopiah ade...bila la pulak mereka nak solat maghrib agaknya ye? Kita carik 2 tiga barang pun dah lebih setengah jam...sempat ke solat maghrib tu?

Anakku Ihsan cuma diam membisu...

Monday, January 14, 2008

Hmmm...


10 Januari 2007
Abah tau tak Aiman cakap apa kat Ustaz tadi ?
Tak...apa dia?
Dia tak bagi cakap...dia malu sebab semua orang ketawakan masa cakap ngan Umi tadi
Hmmm...

****
Dia cakap masa nak keluar kelas... Ustaz, boleh tak saya jadik pengawas?
(sambil tersenym..) abih ustaz cakap apa?
Bolehhh...

******
Hmmm...
tu baru 5 enam hari masuk seolah tu (darjah satu)
...tapi tak terperanjat sebab yang bertanya tu Aiman!
BTW...jazakallahukhairan ustaz kerana jawab macam tu