Sunday, September 30, 2007

18 Ramadhan...

13 Ramadhan...
Kedai kat SMART dah pasang lagu raye
sementara aku...
masih terkial-kial lagi saban hari
sempat ke berbuka bersama keluarge
dengan jem dijalanraya dari PGH ke pulai perdana
larat ke nak bangun qiam pukul 3
sempat ke bermunajat padaNya
dimalam bersamaan setahun kali lapan puluh tiga
pasangla lagu raya...
kan ku pekakkan aje telinga

14 Ramadhan...
4 putera dah khatam semua
sementara aku...
masih terkial-kial saban hari
nak habiskan 20 muka
tahniah la semua
doakan abahmu juga berjaya

15 ramadhan
anakku dah tanya baju raya
abang ngah kat seremban dah tanya " raya balik mana?"
senangla nanti kami nak masak ketupat bayak mana
sementara aku...
masih tak fikir apa-apa
jawapannya belum ada wahai kekanda

16 ramadhan
saf di masjid ada yang dah tiada
eh...mana perginya mereka
sekejap ada sekejap tiada
mudah-mudahan aku masih sihat bertenaga
melalui fasa keampunan jua
dan kebabasan dari nerakaNya

17 ramadhan
peristiwa badar penguat jiwa
berkorban dan jihad apa saja
masa dan harta walaupun nyawa
bagi setiap jiwa yang merdeka

18 ramadhan
3R bersama remaja
pesanku buat semua

puasa bukan setakat lapar dahaga
tapi menuju jalan taqwa
albaqarah: ayat satu lapan tiga


Saturday, September 15, 2007

SMS RaMaDhAn...


Ni dari Sofian dan Faisal
Perkataan Yang indah ialah Allah, Lagu yang merdu ialah azan, media yang terbaik ialah AlQuran, senam yang sehat ialah solat, diet yang sempurna ialah puasa, kebersihan yang menyegarkan ialah wudhu, perjalanan yang indah ialah haji, khayalan yang baik ialah mengingat dosa dan taubat, selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan, Maaf Lahir dan Batin...


Ni pulak dari Hazim
SeTiaSAlaH setting Niat, UPgRadE iMaN, DowNloaD saBaR, UpLOad uSaHa, deLeTE DOsa, Updte dOa & tOpuP ILmU, suPaYa DApatLAH ReDEeM PaHaLA bANyak2.SLMt BRpUaSA!!


Ni lagi dari individu yang sentiasa mengingatiku..
Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat dan maghfirah, airmata taubat dendangan tadarus, selimut tarawih,dan bantal tahajjud, Moga mewarisi jannah! Tahiah kerana dapat menjadi tetamu agung Ramadhan al Mubarak tahun ini. Doanya kita sama2 berjaya n=menjalani tarbiyah untuk belkalan kehidupan 11 bulanakan datang. Saya minta maaf atas segala kesilapan


Apa2 hal aku tetap balas walaupun simple je bunyinya..
Assalamualaikum Cik Halim, Selamat berpuasa

Yang favourite?... tetap e-mail dari Abang Long aku!
HARAPAN RAMADHAN oleh Raihan
Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintah Nya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-Henti
Tak Ingin Ku Biarkan RamadhanBerlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan
DiberikanKekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan
Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah...
DenganRahmatMu
Oh Tuhanku...Ku Tempuh Jua