Monday, December 31, 2007

Alhamdulillah...


Alhamdulillah...puteri ke 3 selamat dilahirkan pada hari Isnin 31 Disember 2007 jam 9.22 di HSA JB. Jazakumullahukahiran kepada semua yang menghantar tahniah dan mendoakan dan yang dah berkunjung..hmmm ada jugak la yang telefon, tak boleh ke tunggu 1 Januari (hihi) tapi rasanya lebih baik 31 Disember kot...tak 'rugi' tahun ( di alam persekolahan)
...betul la jugak kot, tapi rasanya abahnya dulu lahir hujung tahun tapi sengaja didaftarkan awal tahun...takut muda sangat gaknya kat sekolah

Nama apa Pak Im...? tunggu hari Isnin kot, biasa la anak perempuan kami lambat sikit nak decide..any suggestion? List pada emaknya, Farisha Hasifa, Farashah Hasifa...

Friday, December 28, 2007

X-Rek J 2007 ...Remaja Kental Luarbiasa!



Tahniah semuanya!...Tuan Pengarah, AJK, pengendali, fasilitator, Penduduk Kampung Sepakat Jaya, pemandu bas, peserta... dan tak lupa yang mendoakan.

Monday, November 26, 2007

Al Fatehah..

231107 ...11:50:59 w'salam pak im...masih macam tu buat masa ni...skrang kat klinik tgh masukkan air...sbb dah 4 hari dia x buleh nak makan

231107...12;14:56 ....kami x kan putus asa dan ikhtiar.. insyallah (abah akan pegi haji ) pg ngan mk tapi dah macam ni 2-2 tak jadi pegi

231107..21:10:28 Nak maklumkan abah saya telah kembali kerahmatullah sebentar tadi

241107...14:57:24 .. Alhamdulillah abah saya selamat dikebumikan 11.30 tadi...banyak sangat keajaiban Allah berlaku sepanjang menguruskan jenazah..wajah arwah jelas2 senyum dan bercahaya sepanjang diuruskan, semua yg dtg perasan dan tegur...Sepanjang 2km kemasjid kami dipayungi awan..Redup sehingga selesai pengebumian...Alhamdulillah dan terimakasih kepada yang sama2 mendoakan abah saya...terima kasih

Alfatehah kepada Allahyarham Ahmad Zakaria b Hj Ibrahim...bapa kpd Kepten Khalid yang sama-sama berprogram diSMT Bukit Piatu baru-baru ini

Sunday, November 25, 2007

Nak jadi macam Cikgu Manisah..

Katak Hazim

“Sila letakkan kerja rumah diatas meja masing-masing,” Cikgu Manisah mengarah murid-muridnya.
Murid-murid Tahun Dua Cempaka mengeluarkan buku masing-masing. Cikgu Manisah berjalan sekeliling kelas menyemak kerja rumah mereka.
“Mana kerja rumah saudara?” Tanya Cikgu Manisah kepada Hazim.
“ Saya...saya...tertinggal di rumah,” jawab Hazim ketakutan.
“Jangan cuba berbohong,” tegas Cikgu Manisah.“Saya tahu saudara tidak menyiapkan kerja rumah itu!” Jerkahnya pula. Dia mengambil beg Hazim. Diselongkarnya beg bagi mencari buku itu.
"Apa ni? Apa benda yang saya pegang ini?” Tanya Cikgu Manisah sambil tangannya masih berada di dalam beg Hazim.
“Katak!” Pekik Cikgu manisah sambil membaling katak itu keluar kelas. Hazim terkejut. Murid-murid lain juga terkejut.
“Di mana saudara letak beg selepas balik dari sekolah?” Cikgu Manisah bertanya dalam nada yang masih lagi terkejut berbaur marah.
“ Saya tidak ingat,” kata Hazim. “Kadang-Kadang di tepi pintu, ada kalanya dibawah tanggaa... di bawah meja... dibawah katil... entahlah...,” sambung jujur.
“Patutlah katak masuk ke dalam beg,” marah Cikgu Manisah. Jangan-jangan ada haiwan lain yang bersarang dalam beg itu, sambung Cikgu Manisah lagi sambil mengangkat-angkat bahu. Geli.
“Bawa beg keluar kelas dan keluarkan semua barang yang ada di dalamnya,” perintah Cikgu Manisah.
Hazim menurut.Dia keluar kelas, akur dengan begnya.
“Ya Allah, mengapa dibiarkannya buku jadi begini!” Jerit Cikgu Manisah yang sudah hilang sabarnya.
Semua buku Hazim lembab. Terdapat juga sisa makanan basi melekat pada beberapa bukunya. Cikgu Manisah menutup hidung, tidak tahan dengan bau hapak yang datang daripada buku-buku itu.
“ Lap buku-buku itu dengan kain ini dan jemurkan di kaki lima kelas!” Perintah Cikgu Manisah.
“Pastikan buku-buku kering sebelum dimasukkan semula ke dalam beg,”perintah Cikgu Manisah lagi.
“Baik ”, jawab Hazim, mengangguk-anggukkan kepalanya. Hairan Cikgu Manisah melihat Hazim. Hatinya tertanya-tanya.
“Aku perlu menyiasat latar belakang Hazim, anak siapakah dia? Bagaimanakah hidup keluarganya?” Hati Cikgu Manisah terus berbisik.

“Adakah puan mengenali Hazim, murid Dua Cempaka itu?” tanya Cikgu Manisah kepada Cikgu Siti.
“Kenal, mengapa?”, Cikgu Siti pula menyoal balas.
“Hari ini saya jumpa katak dalam beg sekolahnya. Buku-bukunya pula, semuanya lembab”, jelas Cikgu Manisah.
“ Yakah?”, tanya Cikgu Siti.“ Hazim memang malang. Dia kurang medapat perhatian daripada ibubapanya.Mereka terlalu sibuk mencari wang sehingga mengabaikan Hazim” sambung Cikgu Siti menceritakan nasib Hazim.
“Begitu......” hampir tidak kedengaran suara Cikgu Manisah.
“Kasihan Hazim,dia menjadi mangsa kelalaian ibubapa” keluh Cikgu Manisah. Dia mengerti mengapa keadaan Hazim tidak terurus.
“Hazim perlu diselamatkan” getus hati Cikgu Manisah.Dia mengukir perjanjian dengan dirinya bagi membantu muridnya itu. Disemat erat di hatinya janji itu.

Dipetik dari Seluhur Budi Guru susunan Azman Ahmad (2006) sempena minggu membaca anak-anakku semasa cuti sekolah. Selamat membaca semua!

Friday, November 23, 2007

Bukan Sekadar pantomem

Bingkisan untuk ayah ibu
-pantomem murid tahun enam sempena Ihtifal ke 18 SMIH pada 17 Nov 2007-

Ayah, ibu
Daku ingin merakamkan terimakasih
Daku ingin menyatakan kekesalan
Daku ingin memohon maaf

Ayah, ibu
Pernah suatu ketika
Ketika kau pulang dari kerja
Aku meluru mendapatkanmu
Dan meminta kau memelukku
Sedang kau dalam kepenatan

Ayah, ibu
Pada ketika itu
Aku Cuma seorang anak kecil
Yang perlukan kasih sayang

Ayah, ibu
Bila aku pulang petang
Bajuku kotor dan mukaku comot
Dikau memarahiku

Ayah, ibu
Maafkan daku
Aku terlalu mentah untuk memahami
Yang ku tahu hanya seronok bermain
Ketahuilah ayah ibu
Itulah fitrah, bagi anak-anak kecil sepertiku

Ayah, ibu
Aku pernah melanggar pasu bunga kesayanganmu
Dan engkau membebel tentang kenakalanku
Maafkan aku sekali lagi
Jujurku nyatakan

Aku tidak pernah berniat untuk melakukannya
Aku sendiri tidak pernah ingin menjadi
Punca kemarahanmu

Ayah, ibu
Bila aku pulang dari sekolah
Membawa keputusan peperiksaan
Aku dapat melihat raut wajahmu
Yang tersenyum puas
Melihat kejayaanku
Aku juga dapat melihat

Seribu kekesalan pada wajahmu
Tatkala keputusan peperiksaanku merosot

Fahamilah ayah, ibu
Ketika aku berjaya, aku ingin dikau memujiku
Tatkala aku gagal, aku ingin sekali dikau memberi perangsang
Maafkan aku anakmu

Jika anakmu ini banyak menyusahkanmu
Aku hanya seorang anak
Yang masih perlukan
Kasih sayang, tunjuk dan ajarmu
Maafkan daku

Maafkan daku

Buat guru-guruku
Terima kasih atas segala-galanya

Thursday, November 22, 2007

17 november...Ihtifal SRIH 2007

7.55 sampai SRIH

tahniah pada banin dan banat yang dapat hadiah..ada peningkatan mutu dari segi kedatangan parents, cover , speech from perasmi, persembahan, pameran dll..jugak konsentrasi ku...terpaksa keluar awal sejam sebab ada kenduri dan meeting(?)...alasan la...lapar pun ye sebab poket tinggal 2 tige ringgit je...tu pun penat gak tunggu 7 kali anak-anak naik pentas (termasuk 2 persembahan)...tahniah naufal, zaim, nazif dan huda...anak2 abah memang hebat...'segan' juga la, sampai bawak hadiah masuk karung (beg)...kesimpulannya, ihtifal SRIH memang best kerana seolah-olahnya setiap anak-anak akan menerima hadiah... baik yang akademik terbaik, hafazan terbaik, anugerah akhlak mulia , prestasi meningkat, kedatangan penuh, ketua kelas...pergh, macam2 lagi lah sampai tak ingat sebab anak-anak memang tak pernah dapat yang tu...

http://www.youtube.com/watch?v=MilCeLxwcLc ( Nak Tengok Dikir Barat diaorang? )

1.30 sampai larkin

pegi kenduri kawin pun sekerat jalan je...pengantin masuk dewan dan duduk kat pelamin terus chow, sori la Awe..lama sangat majlis ko tu 2.50 dah klua...parking dah tak muat, mujur la sampai awal...memang pening dan resah berada dimajlis kenduri orang bandar ni, nak cakap tak boleh sebab muzik kuat sangat, nak tunggu lama2 tak kenal orang lain, asyik bersembang sesama sendiri..rasanya orang lain pun macam aku.. keluar awal

4.05 sri skudai
meeting RJ2...semoga sukses semuanya dalam melahirkan fikrah islam di bumi tercinta. priority...krj, kri, 'FIDOK', haha.. apa tu?

nak tukar nama la blog ni...nama apa heh

Thursday, November 15, 2007

Raya Orang Johor

Raya Orang Johor

ahad..1 zulkaedah
syawal dah habis sepurnama
hari ni zulkaedah pula menjelma
tapi kat johor masih raya
hari ni ‘final day’ kata mereka

sana sini ada raya perdana
termasukla kat taman nama hujungnya perdana
YB yang datang kata hari ni aje ada 6 jemputan
Pehh…meriah sakan, raya tak cukup sebulan!

Hujung minggu ada je rumah terbuka
Malam pula penuh marhaban
Orang bujang tentu suka
Jimat duit makan sebulan

Kekadang outstation anak kat rumah bertanya
Abah...malam ni boleh ke pegi marhaban
Pergilah, buat wakil abahnya
Dan lagi jangan pulak sesat jalan

Tuan imam awal-awal dah peringat
La ni barang dah naik..elok le berjimat
Buat majlis raya biarla berpada
Air sirap dengan kuih pun tak ape

Kepada remaja yang tak ponteng puasa
Kalau ayah bonda beraya, elokle pegi sama
Jangan duduk rumah saja
Asyik tengok TV…tak kenal sanak saudara

Ini ada satu nasihat berguna
Aidilfitri disambut sehari cuma
Nak Raya sebulan silakan le...
Lagipun...masa ni la orang nak ajak kita

Wahai rakan wahai saudara
Jika semasa bulan puasa...
Qiam kau jaga, quran kau baca
Mengapa kini dah tinggal pula?

Masjid dan surau kembali sunyi
Al Quran memanggil...mari bacaku lagi
Apa nak kau jawap wahai diri
Nak tunggu ramadhan kah kembali?

Wednesday, October 24, 2007

SmS RaYaLaH puLak

I
Takbir bergema dpagi hari
memecah sunyi kriangan dsri
sms pgnti kad ryedn dri
bukan dlupe tradisi
tp ikut pkembangan teknologi
Salam Aidilfitri...
maafkn sgale ktlnjurn n ksilapn dri ujg rmbt hujg kaki



II
KuRa-kuRa b'jln lmbt
siput jln lg la lMbt
Nk anto kad ryetkut tak sMpt
GuNa sMS pn kRa SlaMat
sLaMaT HaRi raYa...



III
Bakar lemang sambil berdiri
hendak dimakan di Aidi Fitri
nak hantar kad raya Posmen dah cutiSMS aje dapatku beri...
SELAMAT HARI RAYA



IV
Hiba rasanya berlalunya Ramadhan
Tarbiyyah sebulan pasti diteruskan
Tasbih dan tahmid pula dilaungkan
Menyambut Syawal penuh kesyukuran
Eid Mubarak diucapkan
Salam kemaafan dikirimkan



V
Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong jowo
Dhino royo njalok ngapuro
Selamat Hari Raya

Thursday, October 11, 2007

EsOk RaYa...

26 Ramadhan
isk...isk hari ni merasa juga buka dalam kereta
walaupun bawak kereta macam pelesit aje
tak sempat juga buka bersama keluarga
walaupun potong member kat traffic light punyala selamber
sorila geng...tak sengaja
Gen2 baru engkau tu pun pun slow gila nak buat camne
...sampai rumah dah tak ada selera
maklumlah semua dah makan tinggal aku makan sisa-sisa

27 Ramadhan
hari ni lain pulak cerita
sampai rumah dah masuk buka
gas didapur pula tiada
isk, isk...semua lauk belum tersedia
makanla apa-apa puteri putera
nanti abah beli apa-apa kat kedai Sulaiman Jaya
yang besar-besar tu pegila ke surau segera
moga ada kuih sepotong dua
air teh susu pasti ada
yang tak terhidang jangan kau kacau pula
lepas makan solatlah segera
kemudian pulang jaga adik pula

malam tadi...ada satu cerita
nak kukongsi bersama
kisah remaja di pinggiran kota
tempatnya ternama biarlah rahsia
nak tahu bole e-mail au aje

sempatku qiam di masjidnya yang tersergam
tapi remaja didalamnya bermacam ragam
ada satu notis dimerata tempat
memberitahu hal remaja setempat
kisah remaja buruk akhlaknya
70 orang semua ramainya
orang lain buat iktikaf dia melilau
membuat bising orang lain tak dihirau
bermain sms punyalah bingit
kekadang ketawa telingaku sakit...
2 tiga kali kutegur tidak diambil peduli
lantas ku beredar menyendiri
tak lupa doa semoga dirahmati

28 Ramadhan
2 hari lagi nak raya
ustaz azhar terus bersuara
katanya raya bukannya bersukaria tanpa hala
tapi memuji Allah dan membesarkanNya
cuba kau refer albaqarah: hujung ayat satu lapan lima
itula ayat raya...bukan tak ada
kecil besar tua muda
jangan tengok TV aje...
bermaafan dan ziarah mestilah ada
aurat dijaga mesti sempurna
baru lah raya ikut agama

29 Ramadhan
semua kat pejabat tak senang hati
dari semalam aku dah asyik tanya bila nak siap ni...
semua kena habiskan sebelum cuti
kukata mesti kena siap petang ni
mujur bos sporting pulak tadi
katanya...tinggal semua kat atas meja sini
next tuesday i want to see

aku mengalah di petang hari
sanggup cuti sekerat hari
Baju raya anak2 semuaku beli

termasuk yang emaknya punya sekali
...takpe la sekala sekali
tapi yang pasti
aku punya pakai tahun lepas la lagi..hihi

SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI
MOGA KITA BERJUMPA LAGI
BAWAK KERETA BERHATI-HATI
MAIN MERCUN JANGAN SEKALI

MINTAKLAH KEAMPUNAN AYAH DAN BONDA
AGAR HIDUPMU DIREDDHAINYA
YANG NAK SPM TAK YAH RAYA
INSYAALLAH...10 IA PASTI BERJAYA




Sunday, October 7, 2007

25 RAmaDhaN

23 ramadhan
bebudak kat ofis tertunggu tunggu
konon nak dapat bonus raya, tapi sampai 5.30 masih menunggu
jangan haraplah..habiskanle kerja tu dulu
tak kan habispun walau datang hari sabtu

baju lom beli la cik halim kata mereka
apa nak buat rezeki kita
aku ni anak lapan rileks aje
sabor je le...Allah tu maha kaya
nanti2 dapat juge, beli baju lapan belas pasang pun lantak ko le...

24 ramadhan
banyaknya program semua nak bersama
nak aje badan ku belah tiga
paginya 3R bersambung di TIJB bersama pakde
pecah kepala la bebudak semua
EDQ pak de bukannya senang
soalannya bukan calang-calang
tu baru tahap satu dan dua la adik kasih dan sayang
...tak pe, tak pe... pak de bagi hadiah pada yang menang
EDQ pak de memang bergaya
3 bahagian bukan 15 soalan semua
soalan angka, matematik pun ada
siap ada prelude badar, sumayyah dan bilal semua
...siap pengajaran penuh makna
kengkawan yang lain bersama mangsa ISA
memberi bantuan semampu mereka
petang anak2 ku dimajlis pecah tabung pula
seronok le...dapat jajan lepas buka
sementara aku bersama imam dari cina
3 orang semua iftar dipulai perdana
kata mereka...muslim di sana 46 juta
semua percaya Allah yang Esa
kuat iman walau diseksa
teringat badar, sumayyah dan bilal semula
rezeki murah walau peruntukan tiada
itulah akibat rajin berniaga
pendidikan penting kata mereka
moga nasib mereka lebih terbela

25 Ramadhan
semalam hujan hari ni hujan
pagi mendung sangatlah dingin
...tanda lailatul qadar ke malam kelmarin
ustaz azhar kata teruskan sabar dalam pencarian

bersama MARWI dikampung pertanian
bersama balu dan yang ditinggalkan
aduhai...bertuahnya aku ada anak dan isteri di sisi
akan kujaga agar taat dan solehin hingga mati

wahai semua ramadhan 5 hari lagi
jangan tergoda duniawi kanan kiri
hakikatnya...jalan menuju taqwa teruskan mencari
moga bahagia disana nanti

Sunday, September 30, 2007

18 Ramadhan...

13 Ramadhan...
Kedai kat SMART dah pasang lagu raye
sementara aku...
masih terkial-kial lagi saban hari
sempat ke berbuka bersama keluarge
dengan jem dijalanraya dari PGH ke pulai perdana
larat ke nak bangun qiam pukul 3
sempat ke bermunajat padaNya
dimalam bersamaan setahun kali lapan puluh tiga
pasangla lagu raya...
kan ku pekakkan aje telinga

14 Ramadhan...
4 putera dah khatam semua
sementara aku...
masih terkial-kial saban hari
nak habiskan 20 muka
tahniah la semua
doakan abahmu juga berjaya

15 ramadhan
anakku dah tanya baju raya
abang ngah kat seremban dah tanya " raya balik mana?"
senangla nanti kami nak masak ketupat bayak mana
sementara aku...
masih tak fikir apa-apa
jawapannya belum ada wahai kekanda

16 ramadhan
saf di masjid ada yang dah tiada
eh...mana perginya mereka
sekejap ada sekejap tiada
mudah-mudahan aku masih sihat bertenaga
melalui fasa keampunan jua
dan kebabasan dari nerakaNya

17 ramadhan
peristiwa badar penguat jiwa
berkorban dan jihad apa saja
masa dan harta walaupun nyawa
bagi setiap jiwa yang merdeka

18 ramadhan
3R bersama remaja
pesanku buat semua

puasa bukan setakat lapar dahaga
tapi menuju jalan taqwa
albaqarah: ayat satu lapan tiga


Saturday, September 15, 2007

SMS RaMaDhAn...


Ni dari Sofian dan Faisal
Perkataan Yang indah ialah Allah, Lagu yang merdu ialah azan, media yang terbaik ialah AlQuran, senam yang sehat ialah solat, diet yang sempurna ialah puasa, kebersihan yang menyegarkan ialah wudhu, perjalanan yang indah ialah haji, khayalan yang baik ialah mengingat dosa dan taubat, selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan, Maaf Lahir dan Batin...


Ni pulak dari Hazim
SeTiaSAlaH setting Niat, UPgRadE iMaN, DowNloaD saBaR, UpLOad uSaHa, deLeTE DOsa, Updte dOa & tOpuP ILmU, suPaYa DApatLAH ReDEeM PaHaLA bANyak2.SLMt BRpUaSA!!


Ni lagi dari individu yang sentiasa mengingatiku..
Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat dan maghfirah, airmata taubat dendangan tadarus, selimut tarawih,dan bantal tahajjud, Moga mewarisi jannah! Tahiah kerana dapat menjadi tetamu agung Ramadhan al Mubarak tahun ini. Doanya kita sama2 berjaya n=menjalani tarbiyah untuk belkalan kehidupan 11 bulanakan datang. Saya minta maaf atas segala kesilapan


Apa2 hal aku tetap balas walaupun simple je bunyinya..
Assalamualaikum Cik Halim, Selamat berpuasa

Yang favourite?... tetap e-mail dari Abang Long aku!
HARAPAN RAMADHAN oleh Raihan
Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintah Nya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-Henti
Tak Ingin Ku Biarkan RamadhanBerlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan
DiberikanKekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan
Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah...
DenganRahmatMu
Oh Tuhanku...Ku Tempuh Jua

Monday, August 27, 2007

A Lesson from my Son

By Kathleen Beaulieu
...dari salah satu risalah dalam Program Taklimat untuk ibubapa Lama SRIH 25/8/07. Orang tak beriman pun menghargai kualiti adab-adab sesama insan, dll...kita apatah lagi.


I was one of those lucky children for whom learning came easy. So, when I became a parent, I naturally assumed that if I rad to both of my children faithfully and offered them fun, educational playtimes, they would follow in my footsteps. They, too, would learn, retain materials and receive all A's as I had done.

Amanda, my first child, was right on target. She learned quickly and earned good grades. However, even though I practiced the same methods with my second child, Eric, I sensed that life wouold be a challenge, not only for his teachers, but for Eric and myself personally.

I did my part for this sweet, loving youngster who was never a discipline problem for anyone. I made sure his homework was completed each night, kept in touch with his teachers, and enrolled him in every assistance program the scool had to offer. But, no matter how hard he struggled, report cards with Cs were met with frustration and tears. I could see his discouragement and feared he wuld lose all interest in learning. Soon I doubted myself.

Where had I failed my son? I wondered. Why couldn't I motivate him to help him succeed? I felt if he didn't excel in school, he would be unable to create a life f his own or support himself and perhaps a family someday.

Eric was a sixteen-ear-old blonde when my eyeswere opened. We were sittin in the living room when the phone rang; a massage thet my father had suffered a massive heart attack and died at age of seventy nine.

"Papa", as Eric had called him, had been such apart of my little boy's life during his five years. Since my husband workednights and sleep days, it was Papa who took him for haircuts, ice-cream ad played baseball with him during those earlier times. Papa was his number-one pal.

When my father left and moved back to the town where he grew up, Eric was lost without him. But time healed those wonds. Gradually, he came to understand his grandfather's need for old friends and roots of the past.

Foe Eric, phone calls and visits from the grandfather he loved became a way of life. And his Papa never forgot him.

When we entered the funeral parlor,I stood in the doorway and looked at my father, so still, so unlike the men I knew. My children were on eithe side of me, and I felt Eric takemy hand as we walked up to his grandfather.

We shared our moments together then took our places on the side of the room as hundreds f friends filed by. Each person shared sympathies and memories of my father'sife. Others just touched my hand and walked away.

Suddenly, I realized Eric wasn't beside me. I turned to look around the room and noticed him near the entranceway helping the elderly in need of assistance with the stairs or the door. Strangers all, some with walkers, others with canes, many simply leaning on his arm as he led them to his grandfather to pay their last respects.

Later that evening the funeral director mentioned to me that one more pall bearer was needed. Eric immediately said, "Please Sir, may I help?"

The director suggested he might prefer to stay with his sister and myself. Eric shook his head. " My papa carried me when I was little," he said."Now it's my turn to carry him." When I heared those words I started to cry. I felt as though I could never stop.

From that moment on, I knew I would never berate my son for imperfect grades. Never again would I expect him to be someone I had created in my own mind, because that individual I envisioned was nowhere near the fine person my son had become. His compassion, caring and love were the gifts God had blessed him with. No book could be taught him these things. No degree framed behind glass would ever convey to the world the qualitties Eric possessed.

He is now twenty years old and continues to spread his kindness, his sense of humor and compassion for his fellow man wherever he goes. Today I ask myself, What difference do science and math grades make? When a young man does the best he can, he deserves an "A" from the heart.








Bersambun

Sunday, August 5, 2007

MRSM Pontian...satu aura

...walaupun bukan x-MRSM Pontian dan dah 3 kali datang ke sini tapi entah kenapa kali ni lain benar rasanya...dan nostalgia 25 tahun lepas kembali menjelma,walaupun dah berkongsi sekelumit cuma..semoga kalian berlapang dada
...terima kasih warga (90) 2nd batch MAJUSCORP kerana menerima kami seadanya...adib faiz, azlan,rauf, azizi, kamal, ajib, hafizi,...ramaila x ingat nama... kelas Yale, semua adik2 kasih dan sayang
...semoga air mata yang tumpah bakal memadamkan api neraka kelak, jangan dilupakan dan disiakan segala janji dan hijrah yang dimenterai...moga auranya berkekalan sampai bila-bila
...kepada warga KRJ... kalian dah buktikan sekali lagi bahawa doa, ukhuwwah dan gandingan mantap mengatasi segalanya.
Selamat Berjuang
terkini 21/8: dalam sibuk2 program..rupa2 nya ada anak sedara masuk F4 (oxford) MJSCP awal tahun ni dan baru tahu masa balik kampung baru-baru ni...hmmm, dah lama tak balik ke, aku yang teruk niH?...ada la alasan nak pegi lagi....x pe abang ngah insyaallah kita jumpa lagi di MJSCP. Bila tu ?

Thursday, August 2, 2007

Aiman dapat no 1..

i
Abah...Aiman dapat no 1
Bila pulak Aiman periksa?
Tadi teacher bagi pencil colour
Tahniah...good...good, takyah lah abah bagi heh, lagipun hari2 Aiman dah dapat jajan... biskut panjang, baulu, air sedap, biskut tiger...ish, ish...macam2 lagi la yang Aiman selalu SMS abah semua abah beli...
Aiman tak kisah..


ii
Abah...hari ni Zaim nyanyi (lagu patriotik) kat Angsana
Eh, bajunya mana, ooo ustazah takut korang tak pulang heh
Hmmm
Dah 3/4 minggu praktis mesti masuk final nih...Cuba nyanyi sikit sebelum pegi nih
Aku bukanlah seorang perwira
gagah menghunus senjata
namun hati rela berjuang
walau dengan gaya sendiri
demi cita ini
betapa dibumi ini kumelangkah
ke utara, selatan, timur dan barat
ku jejaki
kalau menang kena gi lagi Sabtu ni bah

Sabtu ni...ARGHHH
Ya Allah... sesungguhnya 'pilihan'pada setiap sabtu itu amat payah
(terkini ...dapat SMS dari ustazah...SRIH x dapat masuk final..takpe2, abah dah tengok sikit masa latihan, yang penting semangat dan usaha dalam persaingan..cuba lagi team choir SRIH!)

Monday, July 30, 2007

Dah Selamat dah...

gambar akad nikah sahabatku mohamad shah abas 28.7.2007 lepas..
gambar kenangan bersama teman sekerja

Monday, July 23, 2007

Rehat bagi Daie

...e-mail dari seorang teman seperjuangan(28/3/07)...teringat mengenang diri yang 'ditinggalkan' ke DHL....setelah saban weekend menjalani kehidupan sebagai seorang Pak Im... semoga aku tidak lagi mengeluh

Wahai Bilal, rehatkanlah kami dengan solat

Ketika saya sedang hendak berwudhu’, seorang saudaraku berbangsa Algeria telah menegurku, “Saudara, bukankah solat ni suatu nikmat bagi kita?. Kita bekerjakeras, lalu Allah memberi kita peluang utk berehat. Alangkah indahnya, kan saudara? ”
“Hmm, betul tu ” jawabku ringkas sambil tersenyum. Namun di dalam fikiranku ligat berfikir tentang kurniaan Allah swt yg besar di sebalik solat ni.
Sememangnya manusia sehari harian menjalani kehidupan penuh dengan kesusahan
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” Al Balad:4
Jadi, saban hari kita melihat insan menjalani kehidupan mereka dgn penuh susah payah. Sehingga penatlah ia pada penghujung hari dan tertidur keletihan. Namun dalam kamus orang yang mahu kejayaan, berpenat itu adalah salah satu dari dua - 1) orang yg berpenat lelah semata² utk dunia material, mereka mendapat secukupnya dari hempas pulas mereka di dunia ini. Seperti firman Allah taala


“….barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (42:20)
Golongan kedua adalah mereka yang berhempas pulas di jalan Allah, mengajak manusia kepada Allah siang dan malam. Di samping itu juga, mereka tidak melupakan bahagian mereka yg Allah sediakan dari kehidupan dunia..


“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,” (28:77)

Maka kamu akan dapati golongan kedua ini berpenat lelah sepanjang harinya demi utk mengumpul bekalan mereka buat hari akhirat yg pasti. Cara kehidupan ini telah dipelopori oleh para Rasul yg terdahulu dan di sematkan di dalam Al Quran:

“”Nuh berkata: “”Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang,”" (71:5)

Masya Allah, betapa bersungguhnya para Nabi² dalam dakwah mereka ilallah. Begitulah juga kisahnya dengan saudara² daie muslimiin yg memdahului kita.
Seperti diceritakan oleh Imam Hasan Al Banna:


“Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita. Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara kita. Kita ketepikan anak isteri kita demi mereka. Alangkah besarnya harapan saya jika saudara-saudara yang masih tertanya-tanya ini melihat sendiri para pemuda Ikhwan al-Muslimin yang sentiasa berjaga malam ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Mereka bekerja berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa. Ada di antara mereka berada di pejabat daripada Asar hingga ke tengah malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh. Begitulah selama sebulan dan apabila tiba akhir bulan dia menyerahkan pendapatannya untuk jamaah. Segala perbelanjaannya hanya untuk dakwah, hartanya adalah untuk mencapai matlamatnya. Segala geraklakunya seolah berkata kepada masyarakat yang tidak sedar pengorbanan yang dilakukannya itu: Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripada Allah.

Begitulah karakter orang² yg berjaya. Sentiasa bekerja bersungguh² dan mengelak dari kemalasan diri. Bermujahadah dalam setiap saat hidupnya utk menjadikan setiap detik yg dilaluinya bermanfaat utk dirinya dan kaum muslimiin. Seorang soleh bernama Syeikh ‘Urfi pernah berkata ketika mengejutkan sahabatnya utk bangun malam:
“Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita.”
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********

Jika kehidupan mereka ini kita teliti, nescaya kita akan melihat betapa masa yg mereka ada tidak mencukupi utk segala urusan mereka dan sentiasalah mereka dalam kepenatan dan otak mereka ligat berfikir ttg masalah dakwah yg perlu diselesaikan saban waktu.
Maka setelah kita melihat kesungguhan para daie tersebut, yg menjadi benchmark amalan kita, maka barulah kita menyedari apa yg dimaksudkan oleh Nabi saw ketika baginda menyeyu kepada Akh Bilal bin Rabah dengan kata²nya


“Arehna biha(ya’ini as solah) ya Bilaal”

“Wahai Bilal, (laungkanlah azan dan) rehatkanlah kami dengan solat.”
Semoga Allah membalas pengorbanan para daie yang menelusuri jalan RasulNya saw, mewakafkan jiwa dan harta mereka fi sabilillah, dengan sebaik baik ganjaran.


Wallahu’alam

Friday, July 20, 2007

Seorang Tua, seorang Anak dan Seekor Gagak

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!" Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah... ... .". Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah. "Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan ? Itu burung gagak, burung gagak la... ..", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama. "Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut... ... ... . "Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak". Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama.

Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga." Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL OF THE STORY: "JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA"

dari cikguya yahoogroups

Friday, July 13, 2007

Tazkeerah Hari Ini

Sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi ( supaya ia menerima Islam ), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang di kehendaki – Nya : AL-QASAS : 56 .

Friday, July 6, 2007

Anak2 abah dah besar..

anak abah dah besar rupanya ...dah ada lesen kereta.
lesen Formula 1 pulak tu. xpe2...mainle puas2 yer...dah cukup umur nanti abah bagi pulak kancil putih tu...



Gambar diambil semasa DC family Trip to Pulai Desaru...masa ni kengkawan KRJ tengah ready nak gi B2N kot...mujur ler sempat pegi lepas enjoy kat Desaru.huhu...