Monday, November 26, 2007

Al Fatehah..

231107 ...11:50:59 w'salam pak im...masih macam tu buat masa ni...skrang kat klinik tgh masukkan air...sbb dah 4 hari dia x buleh nak makan

231107...12;14:56 ....kami x kan putus asa dan ikhtiar.. insyallah (abah akan pegi haji ) pg ngan mk tapi dah macam ni 2-2 tak jadi pegi

231107..21:10:28 Nak maklumkan abah saya telah kembali kerahmatullah sebentar tadi

241107...14:57:24 .. Alhamdulillah abah saya selamat dikebumikan 11.30 tadi...banyak sangat keajaiban Allah berlaku sepanjang menguruskan jenazah..wajah arwah jelas2 senyum dan bercahaya sepanjang diuruskan, semua yg dtg perasan dan tegur...Sepanjang 2km kemasjid kami dipayungi awan..Redup sehingga selesai pengebumian...Alhamdulillah dan terimakasih kepada yang sama2 mendoakan abah saya...terima kasih

Alfatehah kepada Allahyarham Ahmad Zakaria b Hj Ibrahim...bapa kpd Kepten Khalid yang sama-sama berprogram diSMT Bukit Piatu baru-baru ini

Sunday, November 25, 2007

Nak jadi macam Cikgu Manisah..

Katak Hazim

“Sila letakkan kerja rumah diatas meja masing-masing,” Cikgu Manisah mengarah murid-muridnya.
Murid-murid Tahun Dua Cempaka mengeluarkan buku masing-masing. Cikgu Manisah berjalan sekeliling kelas menyemak kerja rumah mereka.
“Mana kerja rumah saudara?” Tanya Cikgu Manisah kepada Hazim.
“ Saya...saya...tertinggal di rumah,” jawab Hazim ketakutan.
“Jangan cuba berbohong,” tegas Cikgu Manisah.“Saya tahu saudara tidak menyiapkan kerja rumah itu!” Jerkahnya pula. Dia mengambil beg Hazim. Diselongkarnya beg bagi mencari buku itu.
"Apa ni? Apa benda yang saya pegang ini?” Tanya Cikgu Manisah sambil tangannya masih berada di dalam beg Hazim.
“Katak!” Pekik Cikgu manisah sambil membaling katak itu keluar kelas. Hazim terkejut. Murid-murid lain juga terkejut.
“Di mana saudara letak beg selepas balik dari sekolah?” Cikgu Manisah bertanya dalam nada yang masih lagi terkejut berbaur marah.
“ Saya tidak ingat,” kata Hazim. “Kadang-Kadang di tepi pintu, ada kalanya dibawah tanggaa... di bawah meja... dibawah katil... entahlah...,” sambung jujur.
“Patutlah katak masuk ke dalam beg,” marah Cikgu Manisah. Jangan-jangan ada haiwan lain yang bersarang dalam beg itu, sambung Cikgu Manisah lagi sambil mengangkat-angkat bahu. Geli.
“Bawa beg keluar kelas dan keluarkan semua barang yang ada di dalamnya,” perintah Cikgu Manisah.
Hazim menurut.Dia keluar kelas, akur dengan begnya.
“Ya Allah, mengapa dibiarkannya buku jadi begini!” Jerit Cikgu Manisah yang sudah hilang sabarnya.
Semua buku Hazim lembab. Terdapat juga sisa makanan basi melekat pada beberapa bukunya. Cikgu Manisah menutup hidung, tidak tahan dengan bau hapak yang datang daripada buku-buku itu.
“ Lap buku-buku itu dengan kain ini dan jemurkan di kaki lima kelas!” Perintah Cikgu Manisah.
“Pastikan buku-buku kering sebelum dimasukkan semula ke dalam beg,”perintah Cikgu Manisah lagi.
“Baik ”, jawab Hazim, mengangguk-anggukkan kepalanya. Hairan Cikgu Manisah melihat Hazim. Hatinya tertanya-tanya.
“Aku perlu menyiasat latar belakang Hazim, anak siapakah dia? Bagaimanakah hidup keluarganya?” Hati Cikgu Manisah terus berbisik.

“Adakah puan mengenali Hazim, murid Dua Cempaka itu?” tanya Cikgu Manisah kepada Cikgu Siti.
“Kenal, mengapa?”, Cikgu Siti pula menyoal balas.
“Hari ini saya jumpa katak dalam beg sekolahnya. Buku-bukunya pula, semuanya lembab”, jelas Cikgu Manisah.
“ Yakah?”, tanya Cikgu Siti.“ Hazim memang malang. Dia kurang medapat perhatian daripada ibubapanya.Mereka terlalu sibuk mencari wang sehingga mengabaikan Hazim” sambung Cikgu Siti menceritakan nasib Hazim.
“Begitu......” hampir tidak kedengaran suara Cikgu Manisah.
“Kasihan Hazim,dia menjadi mangsa kelalaian ibubapa” keluh Cikgu Manisah. Dia mengerti mengapa keadaan Hazim tidak terurus.
“Hazim perlu diselamatkan” getus hati Cikgu Manisah.Dia mengukir perjanjian dengan dirinya bagi membantu muridnya itu. Disemat erat di hatinya janji itu.

Dipetik dari Seluhur Budi Guru susunan Azman Ahmad (2006) sempena minggu membaca anak-anakku semasa cuti sekolah. Selamat membaca semua!

Friday, November 23, 2007

Bukan Sekadar pantomem

Bingkisan untuk ayah ibu
-pantomem murid tahun enam sempena Ihtifal ke 18 SMIH pada 17 Nov 2007-

Ayah, ibu
Daku ingin merakamkan terimakasih
Daku ingin menyatakan kekesalan
Daku ingin memohon maaf

Ayah, ibu
Pernah suatu ketika
Ketika kau pulang dari kerja
Aku meluru mendapatkanmu
Dan meminta kau memelukku
Sedang kau dalam kepenatan

Ayah, ibu
Pada ketika itu
Aku Cuma seorang anak kecil
Yang perlukan kasih sayang

Ayah, ibu
Bila aku pulang petang
Bajuku kotor dan mukaku comot
Dikau memarahiku

Ayah, ibu
Maafkan daku
Aku terlalu mentah untuk memahami
Yang ku tahu hanya seronok bermain
Ketahuilah ayah ibu
Itulah fitrah, bagi anak-anak kecil sepertiku

Ayah, ibu
Aku pernah melanggar pasu bunga kesayanganmu
Dan engkau membebel tentang kenakalanku
Maafkan aku sekali lagi
Jujurku nyatakan

Aku tidak pernah berniat untuk melakukannya
Aku sendiri tidak pernah ingin menjadi
Punca kemarahanmu

Ayah, ibu
Bila aku pulang dari sekolah
Membawa keputusan peperiksaan
Aku dapat melihat raut wajahmu
Yang tersenyum puas
Melihat kejayaanku
Aku juga dapat melihat

Seribu kekesalan pada wajahmu
Tatkala keputusan peperiksaanku merosot

Fahamilah ayah, ibu
Ketika aku berjaya, aku ingin dikau memujiku
Tatkala aku gagal, aku ingin sekali dikau memberi perangsang
Maafkan aku anakmu

Jika anakmu ini banyak menyusahkanmu
Aku hanya seorang anak
Yang masih perlukan
Kasih sayang, tunjuk dan ajarmu
Maafkan daku

Maafkan daku

Buat guru-guruku
Terima kasih atas segala-galanya

Thursday, November 22, 2007

17 november...Ihtifal SRIH 2007

7.55 sampai SRIH

tahniah pada banin dan banat yang dapat hadiah..ada peningkatan mutu dari segi kedatangan parents, cover , speech from perasmi, persembahan, pameran dll..jugak konsentrasi ku...terpaksa keluar awal sejam sebab ada kenduri dan meeting(?)...alasan la...lapar pun ye sebab poket tinggal 2 tige ringgit je...tu pun penat gak tunggu 7 kali anak-anak naik pentas (termasuk 2 persembahan)...tahniah naufal, zaim, nazif dan huda...anak2 abah memang hebat...'segan' juga la, sampai bawak hadiah masuk karung (beg)...kesimpulannya, ihtifal SRIH memang best kerana seolah-olahnya setiap anak-anak akan menerima hadiah... baik yang akademik terbaik, hafazan terbaik, anugerah akhlak mulia , prestasi meningkat, kedatangan penuh, ketua kelas...pergh, macam2 lagi lah sampai tak ingat sebab anak-anak memang tak pernah dapat yang tu...

http://www.youtube.com/watch?v=MilCeLxwcLc ( Nak Tengok Dikir Barat diaorang? )

1.30 sampai larkin

pegi kenduri kawin pun sekerat jalan je...pengantin masuk dewan dan duduk kat pelamin terus chow, sori la Awe..lama sangat majlis ko tu 2.50 dah klua...parking dah tak muat, mujur la sampai awal...memang pening dan resah berada dimajlis kenduri orang bandar ni, nak cakap tak boleh sebab muzik kuat sangat, nak tunggu lama2 tak kenal orang lain, asyik bersembang sesama sendiri..rasanya orang lain pun macam aku.. keluar awal

4.05 sri skudai
meeting RJ2...semoga sukses semuanya dalam melahirkan fikrah islam di bumi tercinta. priority...krj, kri, 'FIDOK', haha.. apa tu?

nak tukar nama la blog ni...nama apa heh

Thursday, November 15, 2007

Raya Orang Johor

Raya Orang Johor

ahad..1 zulkaedah
syawal dah habis sepurnama
hari ni zulkaedah pula menjelma
tapi kat johor masih raya
hari ni ‘final day’ kata mereka

sana sini ada raya perdana
termasukla kat taman nama hujungnya perdana
YB yang datang kata hari ni aje ada 6 jemputan
Pehh…meriah sakan, raya tak cukup sebulan!

Hujung minggu ada je rumah terbuka
Malam pula penuh marhaban
Orang bujang tentu suka
Jimat duit makan sebulan

Kekadang outstation anak kat rumah bertanya
Abah...malam ni boleh ke pegi marhaban
Pergilah, buat wakil abahnya
Dan lagi jangan pulak sesat jalan

Tuan imam awal-awal dah peringat
La ni barang dah naik..elok le berjimat
Buat majlis raya biarla berpada
Air sirap dengan kuih pun tak ape

Kepada remaja yang tak ponteng puasa
Kalau ayah bonda beraya, elokle pegi sama
Jangan duduk rumah saja
Asyik tengok TV…tak kenal sanak saudara

Ini ada satu nasihat berguna
Aidilfitri disambut sehari cuma
Nak Raya sebulan silakan le...
Lagipun...masa ni la orang nak ajak kita

Wahai rakan wahai saudara
Jika semasa bulan puasa...
Qiam kau jaga, quran kau baca
Mengapa kini dah tinggal pula?

Masjid dan surau kembali sunyi
Al Quran memanggil...mari bacaku lagi
Apa nak kau jawap wahai diri
Nak tunggu ramadhan kah kembali?