Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha

Salam aidiladha buat semua...selamat bercuti. Selamat sambung semula SPM buat semua form 5. Hmm, banyak tempat menangguhkan ibadah korban sebab raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat.
Semakin mahal nampaknya harga satu bahagian lembu sekarang, ada yang sampai RM 450...hmm. Ibadah korban di bandar nampaknya lebih meriah, di taman tempat saya 6 ekor lembu dan seekor kambing tumbang tahun ni. Rasanya tahun ni yang paling sikit agaknya...biasanya sampai sembilan ekor!
Sempat balik kampung semalam. Sesampai je dikampung, acara korban baru selesai, macam tak meriah...dah biasa dengan suasana bandar dengan 100-200 orang penduduk mengambil bahagian.Hmmm, makan sup tulang jelah..
Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Selamat berkorban...




Monday, November 16, 2009

SURE KRJ 2009 ...akhirnya sukses

Gambar-gambar boleh dilihat dalam http://krjjohor.multiply.com/
Alhamdulillah...syukur akhirnya berjaya dengan gemilang dan hujan turun just before hadiah terakhir

Sunday, November 1, 2009

Tanpa tajuk..


raya dah habis...ni barisan AJK Masjid SPP sedang marhaban..dapat jugakla bermarhaban, tak sekali pun dapat join selama 16 malam dari rumaah ke rumah...cuma hantar askar2 saya
yang asyik collect duit raya..huhu


belumpun lama lepas raya..dekejutkan dengan berita2 kematian. yang sempat ziarah baru2 ni takziah kepada jamil dan keluarga...



Monday, October 5, 2009

next project..



the site...nampak gunung pulai dari lifestyle deck


the unit...


Thursday, September 24, 2009

Jom Puasa Enam...

Hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Muslim]

Wednesday, September 23, 2009

Projek Bumi Hijau

setiap kali balik kampung...sebelum pulang semula ke bandar, saya mesti 'tawaf' dua tiga kali keliling rumah pusaka. cari apa ye? kali ni musim buah tak menjadi. tak merasa pun duku...mungkin semuanya sedang berkabung.. yang penting, daun limau purut, segenggam cili dan lain-lain..hmm, takada yang dah masak pulak buah naga ni

ni pokok nangka kat rumah kakak saya di yong peng. tanahnya tak besar mana, cuma end lot teres biasa..tapi macam-macam ada, asam, pucuk ubi dan lain-lain.


ni pisang di belakang banglo abang ngah di kampung. sejam saya lambat bertolak balik sebab kutip macam-macam sayur disekitar rumahnya. siap bagi tanah , benih dan baja...lepas ni penuh kot car porch rumah teres kami dengan jagung dan cili..huhu

cukupla gambar2 ni ganti gambar raya...bukan hensem pun

Tuesday, September 22, 2009

Raya..raya//raya

salam lebaran buat semua, maaf zahir batin


tahun ni solat sunat dan dengar khutbah raya di jb, ramai rupanya jiran2 saya masih belum balik kampung. penuh sesak masjid yang cuma boleh muat 200 orang..2 isi utama, perpaduan/ukhuwwah dan peringatan puasa enam..menjelang petang, makin sunyi dan sunyi..

2 syawal
first time raya tanpa abah dan mak. memang tak biasa dan kami adik beradik masing2 macam tak plan kemana dulu..pun begitu, jumpa juga abang kakak lain serentak di rumah kak long, usu dan abang.
apa khabar orang kampung?
ramai sedara mara sekampung yang senior dah sakit termasuk abang ipar kat yong peng.

tak sempat visit semua...mungkin 2nd round nanti. raya kat johor ni kan sebulan.
peh..bingit jugak bunyi mercun kat kampung. bergegar jugak jantung..bilala orang melayu nak berubah. dengar cerita masa marhaban ada satu famili tu bakar mercun setinggi pokok kelapa! peh...banyak jugak membazir tu

salam idilfitri..maaf zahir batin




Saturday, September 19, 2009

28 ramadhan

shopping 'sakan' hari ni...dari pagi sampai petang. selalunya masa2 ni masa balik kampung- satu hari...so ganti dengan shopping. kena shopping beli barang dapur sendiri..selalunya mak dan pak mentua je beli, balik2 dah siap je. kalau kat muar abang2 saya / aruah abah yang uruskan...pergh pasar dah 'pack' jugak..rasanya esok lagi ramai orang . tu dia 2/3 trolley orang shopping. beras je dah 2/3 kampit besar


ramai lagi orang qiam dan terawih...imam al-hafiz 2 orang tu pun dah balik.

ramai jiran-jiran saya orang dekat2 je, pontian..batu pahat. rasanya diaorang balik lepas sembahyang raya kat sini..macam saya. raya tahun ni pusing2 sekitar johor aje, balik muar, singgah batu pahat dan adik beradik sekitar jb dan kluang

salam aidil fitri
maaf zahir batin buat semua

Monday, September 14, 2009

kuliah subuh...

best pulak kuliah subuh ramadhan ni
terkini ustaz rifki bagi tips amalan malam lq
...baca surah alkahfi dan waqiah
doa...berserta amalan lain

nak safe, cari aje setiap 10 malam terakhir
banyak hadis pd malam 27
imam alghazali kata: malam 23 kalau puasa mula sabtu
...hmmm

selamat beramal buat semua

Friday, September 4, 2009

Tahniah...

13 ramadhan.khamis
hari ni sorang lagi anak saya dah khatam quran sepanjang ramadhan. tahniah faridah huda (10 tahun)...masalahnya, dia tak reti nak tulis dalam jadual mutabaah alquran yang cikgu suruh.
agak-agak ajelah huda, kata saya
abang sulungnya, ihsan dah khatam 2 tiga hari lepas kot...
nampaknya saya yang masih jauh. selalunya tak sejauh ini saya ketinggalan.huhu..
bercakap tentang alquran... tadi saya dapat satu e-mail tentang seorang tokoh, baca sampai habis ye

Hofmann named Islamic personality of the year
Published: September 02, 2009, 10:57 Dubai:
Dr. Murad Wilfried Hofmann was selected the Islamic Personality of the Year by Dubai International Holy Quran Award (DIHQA), which was announced on Tuesday during the Quran competition session.
Dubai International Holy Quran Award annually honours an Islamic figure for their immense contributions to Islam; with this year’s 13th session granted to Dr. Hofmann.
The Quran competition has 85 contestants from different countries competing for the top 10 placements.
According to Ebrahim Bu Melha, Chairman of the Dubai International Holy Quran Award, Dr. Hofmann was selected for his numerous contributions and publications about and for Islam and for his conversion to Islam.
Dr. Hofmann is a prominent German diplomat and author of several books on Islam, including Journey to Makkah and Islam: The Alternative.
Many of his books and essays focus on Islam's status in the West and, after September 11, in particular, in the United States.
He is one of the signatories of A Common Word Between Us and You, an open letter by Islamic scholars to Christian leaders, calling for peace and understanding.
Dr. Hofmann was born a Catholic, but converted to Islam in 1980. His conversion was met with some controversy due to his high profile in the German government.
He converted to Islam as a result of what he witnessed in the Algerian War of Independence and his fondness for Islamic art.
In his own writings Dr.Hofmann stated of his conversion and time in Algeria, "I witnessed the patience and resilience of the Algerian people in the face of extreme suffering, their overwhelming discipline during Ramadan, their confidence of victory, as well as their humanity amidst misery."
He felt it was their religion that made them so, and therefore, he started studying their religious book – the Quran. "I have never stopped reading it, to this very day," he said.

Sunday, July 26, 2009

2 ogos..ingat

eh kak ima, asalamualaikum
waalaikum salam..beli apa
belanja sikit
balik ke kenduri arwah nanti
..bila eh? (sengaja uji)
2 haribulan
hm...insyaallah, nak kemana ni
ke upnm, tengok abangah, dah lama tak jengok
ala.. budak lelaki ok kot
hari tu balik sini jumpa kejap je, almaklum kerja shif
ok, kim salam kat angah, pehh lawa kete baru...

begitule kalau dah sebok, adikberadik pun jarang jumpa...moga dapat jumpa semua 2 ogos nanti sempena kenduri arwah ayahbonda...
kenduri?
ramadhan dah dekat!

Monday, July 13, 2009

Jadikan aku seperti Tsauban...

Seorang sahabat bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud

"Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." (An-Nisaa': 69)

Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

...sebagaimana diceritakan semasa MAM di KBM SSP baru-baru ini

Monday, June 29, 2009

Durian dah last kopek...



28 Jun.. Memula sekali lepas sampai...kait rambutan...



...dah rasa sebijik dua

lepas tu baru naik rumah... bukannya ada orang
30 tahun lepas(masa kecik-kecik)...takkan nampak rumah saya dari depan. rasanya ada lebih 10 batang pokok rambutan di laman rumah...sekarang ada la dua pokok, tu pun tak habis dimakan


ni le 3 bijik durian yang terakhir kat kebun arwah abah... sebijik dah tak boleh makan, dah 'keruak" dimakan tupai






...dah semakin hitam air paritkat depan , 'berkat ' pembangunan dan kemajuan kawasan sekitar









Tuesday, June 16, 2009

Bunga Telur Vs Gula-gula..

Dulu-dulu yang paling seronok sekali masa emak balik dari kenduri kahwin ialah bila dapat bunga telur...Kekadang sampai berebut adik deradik. Dah lama jugak tak dapat bunga telur. Kawan-kawan sekarang selalunya menghadiahkan cup cake atau bungkusan gula-gula sebagai menggantikan bunga telur. Orang Johor panggil jajan. Rasanya lebih praktikal.

Telur pun OK jugak, boleh gunakan semula buat telur masak sambal, mesti sedap sebab sekarang ni orang bagi telur pindang. Tak main telur rebus biasa lagi. Tapi...

Ummi , kenapa telur ni macam ni?
Kenapa?
…tak putih
Yelah...telur kenduri kawin semalam
Eee..ummi guna telur semalam heh, taknak la...yek!


Alahai, bebudak ni kalau dah tak suka..
tak suka jugak...

Akibat cuti panjang

Sekolah dah buka semula. Cuti panjang 2 minggu dah habis. Semalam, hari pertama persekolahan. Sengaja kami lambatkan sikit mengejutkan anak-anak dari bangun tidur terutama Azim yang masih bersekolah tadika.

Selepas mandi, Azim asyik menangis. Biasanya sebab lambat bangun…atau rasa ketinggalan sebab abang dan kakaknya sudah bersiap.

Kenapa Ajun (Fauzul Azim) nangis?
Diam
Kenapa tak pakai baju lagi?
Mana baju Ajun?…huhu, makin deras tangisnya
Tu la yang hijau tu
Mana baju putih?
Baju Ajun kan yang hijau tu…
Kan Ajun dah 7 tahun
…(terkedu isteri saya, tapi sengaja menahan ketawa…)
Ajun sekolah tahun depan la tahun 2010…ni masih 2009, tahun depan baru pakai baju putih…
Jangan cakap apa-apa dengan dia, pesan isteriku selepas dia menceritakan petang semalam

Huhu…ni sebab cuti panjangla ni, dia ingatkan dah habis tahun
…makin kami saya memperli Azim
Tapi dia senyum aje…
Ajun dah tujuh tahun..

Sunday, June 14, 2009

Durian Abah...

I
Ke Rumah Abah, selepas 6 bulan
Tepat jam 11 lalu rumah abah... gelap. Tiada kereta dihalaman. Mesti tak ada orang. Singgah rumah Abang pun gelap. Dia belum balik lagi dari Melaka rupanya. Terpaksa tangguhkan niat sampai esok. Seterusnya tercari-cari ke rumah Usu di Sg Abong yang jauhnya tak sampai 2 km. Alhamdulillah...ada orang.

Selepas kutip durian keesokan harinya Abang datang bawak kunci. Bismillah...Hmm, macam dah lama orang tak jenguk. Lantai berdebu...aku belek bil letrik diatas meja...RM 1.84 aje. Betullah... Usu yang datang saban minggu pun tak masuk. Takut. Ye lah datang sorang aje Kata Abang...Jenguk bilik Usu...lantainya seolah dah dimakan usang. Nasib baik belum reput. Mungkin kesan bocor agaknya.

Aku jenguk bilik arwah abah dan emak.
Seperti tak terusik.
Ku selak pintu almari abah.
Masih di situ baju dan kain abah.
Masih di situ kopiah abah setelah 6 bulan abah pergi
Sebak...

Sebentar kemudian Utehku datang
Haritu Uteh balik penuh air kat dapur tengah ni...bocor
Minggu lepas Uteh gantikan dinding ni
Alahai, dah makin keropos dinding tengah tu
Minumla, ada air kat botol tepi dapur tu
Uteh buatke dinding kat luar tandas tu...
Belum siap lagi...security reason

Pegi la tebang pisang kat tepi bilik air tu
Nantila...macam malas aje sebab bukan abah yang suruh
Sikit aje makan durian tu...banyak lagi ni
Hmmm...macam tak berselera sebab bukan mak yang tegur
Banyak lagi durian ni...bawak semua la
...kena bawak ke?
...

Bertalu2 memori bersama abah menerjah
Maafkan saya abah.
InsyaAllah kejap lagi ziarah abah di Batu 6.
Air mataku sudah bergenang
Alfatihah...

II

Durian Abah...
Lepak2 lagi kat halaman rumah walaupun masa sudah cemburu.
Kena balik jugak pagi ni.
Ada 2 kenduri kena pergi.
Apasal tak petik manggis ni. Banyak ni.
Tak nampak pun
Kena pusing pokok 2 kali..
Biasanya saya panjat aje bang

Banyak kerengge ke x kisah...
Tapi kali ni macam malas je
Semangat tak de
Selalu balik bukan buah2 yang dicari
Tapi emak dan abah

Tunggu la yang hitam2 banyak sikit
Nak tunggu hitam kirim salam la
Tunggu la 2 minggu lagi ke...balik lagi
Yo la ko...cam boleh balik aje

Duku mana heh, tak nampak pun bunganya
Segan nak keluar, tuannya dah tak de
Huhu...

Abah memang dah takde..Meninggalkan kami mengikut arwah emak 6 bulan lepas.. tapi hasil usaha tanaman abah tetap ada buat anak cucu.Walaupun tak berapa menjadi, penuh jugaklah boot belakang kereta buat kami 3 beradik dan keluarga di JB. Lepas habis musim durian, pasti rambutan dan manggis menanti. Memang lain isi duriannya, zaman saya kecil dulu, besar2 durian abah...sekarang agak kecil terutama di tanah tapak rumah Abang.

Saya pusing lagi halaman rumah
Mencari2 sesuatu untuk dibawa balik.
Macam selalu

Alfatihah...Takziah juga buat Alahyarham Milan, Tangkak (besan arwah Abah)...dah dekat setahun sakit. Dia sakit sama2 masa dengan Abah dihospital dulu.

Saturday, June 6, 2009

Musim kenduri...

Musim kenduri kawen tiba lagi...
tahniah pada semua pasangan mempelai
Selamat pengantin baru!
Khutbah Jumaat minggu lepas pun kisah pengurusan kenduri kawin
bagaimana sepatutnya majlis kenduri kahwin yang diredhai Allah
...tahniah JAIJ, at least satu khutbah yang praktikal dan berkualiti
Maaf le siapa yang tak sempat ziarah kenduri
rasanya kat SPP pun at least ada dua...

Im...orang kawin dekat rumah ngko tu bila kendurinya?
siapa?...tak jemput pun..tak perasan pun
alah..yang ada khemah tu..
hmmm...(baru perasan tengah2 jalan - jalan rumah saya panjang-bengkok pulak tu...ada 100 buah rumah)
aku ni esok ada 4 tempat ni
saya 2 je pun dah susah...satu hujung sana, satu hujung sini, belum cuti sekolah dah ada yang buat kenduri..
tempat din tu bila
..ahad ni

kecik2 dulu apa yang best ye kenduri kawin
...dapat telur
tolong2 orang kampung basuh pinggan, angkat pinggan
dapat 'berkat' lagi, ala nasi/lauk yang tuan rumah bagi tu

Wednesday, May 6, 2009

Monday, April 27, 2009

Pedoman 4

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al Baqarah ayat 260
...teringat ayat ni semasa usrah di TIJB minggu lepas, sebelumnya ada games oleh Yeop yang berkaitan dengan ayat ini juga. Simple dan hanya just gunakan kertas A4 aje. Sememangnya usrah bersama remaja memerlukan pendekatan sebegini...melainkan yang dah lama. ..kalau tak de idea games apa, buatla teka-teki atau bercerita.

Wednesday, April 22, 2009

Pedoman dari Al-Quran (3)...Soalan, bukan arahan

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". As-Soffat[102]

Monday, April 13, 2009

Untuk Penggemar Komik aje...

Pernah baca cerita Hang Tuah dan Kebayan? Badang? Hikayat Malim Deman?.... Sang Kelembai? Si Tanggang? ...Orang Minyak (alah..dalam cerita P. Ramlee tu...), Awang Kenit... semua hero melayu dan watak antigonis tu ada dalam Liga Pendekar... Jawapan komik melayu kepada Justice League (Marvel Comics) baru terbit dari PTS...hmmm, mungkin 2-3 tahun lagi keluar kot animasi dia kat TV
(untuk penggemar komik aje ye)

Ihtifal SMIH...Tahniah semuanya!

12 April (Ahad) baru-baru ni Ihtifal SMIH kai ke IX...Tahniah kepada semuanya yang menghiburkanKumpulan Najahan SMIH...termasuk mendendangkan nasyid favourite anak-anak saya (Kembali Gemilang)...liriknya ada dikolum sebelah kananDikir Barat dari Pelajar tingkatan 5...wow! Persembahan pelajar-pelajar tingkatan 5 memang ditunggu tunggu setiap kali Ihfifal...khusyuk semua mendengarnya. Penuh stage dengan semua pelajar tingkatan 5...tahniah! tahniah!
Zapin...hmmm, boleh la



...dan semua yang menerima anugerah dan bakal menerima hadiah.
tahniah...tahniah



Sunday, April 12, 2009

Pedoman 2

Pedoman 2...Al Maidah 44-47

3 ayat dari surah al-Maidah mengenai hakim/orang yang berkuasa dalam tajuk 'dosa-dosa besar' - sedutan dari kuliah subuh Masjid TSPP Ahad 29.3.2009

44.Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

45.Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

46.Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Mariam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayat dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.

47.Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Pedoman hari ini...

Pedoman 1

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.
al Baqarah 2:151


Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
al Jumaah 62:2

Saturday, March 28, 2009

Dunia Hari Ini

Gaza...beberapa kesimpulan

bahan dari e-mail seorang sahabat ...dari penyampaian Puan Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam baru-baru ini


1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.
Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.

Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yangbaru.

Thursday, January 22, 2009

Pesanan Buat Umat Islam

Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

(petikan dari pesanan Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,Kuala Lumpur,14 Mei 2006)

A Song For Gaza



Lyrics
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Friday, January 9, 2009

Merah Saga



Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina
Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

Tuesday, January 6, 2009

BOIKOT!

mungkin tuan2 senyum bila saya tunjukkan produk2 yang menyumbang kepada israel...menurut Dr Rahim 2 hari lepas di Masjid BBU
ni satu lagi...Phillip Morris.. Rokok kalau nak bagi orang berenti rokok, cakap aje kompeni tu bagi 10% dari keuntungan kepada Israel laknatullah...sanggupkah kita membeli hanya untuk membunuh saudara seIslam kita...
sanggupkah???

Monday, January 5, 2009

Promosi ok Program OK...


2 hari lepas ada Forum Maal Hijrah dimasjid TSPP. Forum?...Ada kelainan tahun ni nampaknya... alhamdulillah , walaupun agak kesal kerana pengumuman yang lambat, pun begitu kehadiran boleh tahan....penuhlah separuh masjid… mungkin ahli panelnya 2 tokoh terkenal disekitar kawasan aku tinggal, Ustaz Rifki Maidin dan Ustaz Sulaiman Maidin (JAIJ) , dua-dua anak Maidin...lambat tahu, mungkin sebab tak sempat pergi masjid tu sehari dua tu agaknya atau AJK Masjid lambat gantung banner dan tulis kat notice board....Announcement kat mailinglist masjid pun lambat...

Bercakap fasal promosi dan iklan ceramah ...ada satu lagi yang agak kukesali selepas berkesempatan mendengar ceramah Palestin di Masjid BBU semalam. Ceramah sangat baik oleh Dr Rahim, seorang pensyarah dari UTM...lebih baik dari 4 hari sebelumnya di Masjid Taman U. Sampai di masjid , tiada satu iklan pun ada berkenaan program tu walaupun waktu ni, isu Palestin sepatutnya disebarluaskan kepada seluruh umat Islam. Aku cari dari pintu tepi ke ruang legar utama...hampa. Akhirnya yang hadir cuma sekitar 200-300 orang yang kukira memang sebanyak itulah jemaah yang hadir pada waktu maghrib dan isyak pada hari2 biasa.

Banyak cara sepatutnya untuk promosi program. Apatah lagi program yang sangat penting seperti ini. Pihak urusetia program solat hajat dan ceramah berkenaan isu Palestin yang sama di Masjid Taman U harus dipuji. Walaupun diberi tempoh kurang 24 jam untuk menganjurkan berkat kesungguhan promosi dibuat melalui mailist dan sms. Hasilnya tak kurang 1300 hadirin terpaku mendengar dan rasanya RM 10 ribu berjaya dikumpul. Lebih 50% orang muda...Tahniah orang Taman U...

Pagi tadi aku bertanya seorang rakan sekerja, testing tahu tak isu yang melanda umat di sana...jawapannya agak mengecewakan...semacam tau apa yang berlaku tapi ’blur’...betullah, cabaran sekarang sememangnya memberi fakta sebenar supaya mereka prihatin. Nak suruh datang masjid dengar ceramah palestin?...entahlah...puas gak aku SMS semasa program Taman U...ada la sorang dua yang respon atau hadir... pun satu hal kerana berapa ramaikah umat Islam yang ke masjid pada waktu-waktu biasa... Satu soalan yang tak bisa ku jawap..

Yang aku pasti tak kurang 15 ribu orang membanjiri Danga Bay untuk hadir konsert tahun baru.

...Sementara itu Yahudi laknatullah terus mengganas. Semalam serangan tentera darat dimulakan.Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Palestin dan dimana-mana sahaja...

Sunday, January 4, 2009

QUNUT NAZILAH-DOA UNTUK MUJAHIDIN PALESTIN




َاللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِيْ نُحُوْرِ أَعْدَائِنَا ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ ، اَللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَشَدِّدْ كَلِمَتَهُمْ ، وَزِلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكْ ، يَا قَهَّار يَا جَبَّار ، يَا مُنْتَقِمْ ، يَا اَللهُ ، ياَ اَللهُ ، ياَ اَللهُ ، اَللَّهُمَّ يَامُنْزِلَ الْكِتَاب ، وَيَا

مُجْرِيَ السَّحَاب ، وَياَ هَازِمَ اْلأَحْزَاب ، إِهْزِمْهُمْ ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ ،


اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلْ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلاَ نُكَفِّرَكَ ، اللّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ ، إِنَّ عَذَابَكَ الْجَدِّ بِالْكُفَّارِ مُلْحِقِ ، اللّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ أَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِك، يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ


اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الاسلام والمسلمين ، اللهم انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنَ المستضعفين والمظلومين، اللّهُمَّ انصر اخواننا من المجاهدين في فلسطين (3X)، اللهم انصر اخواننا من المجاهدين في شيشان ، اللّهُمَّ انصر اخواننا من المجاهدين في كشمير، اللّهُمَّ انصر اخواننا من المجاهدين في كل مكان وفي كل زمان ، اللّهُمَّ اللهم انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ اليهودِ الغاصِبِينَ والغادِرِين وَالنصاري المستعمِرِين والمستكبرين ، اللهم زَلْزِلِ الأرض مِنْ تَحْتِ أقدامِهم وَاخْرِجْهُم منه أَذِلَّةً صاغِرِين ، يا رب العالمين


QUNUT NAZILAH-DOA UNTUK MUJAHIDIN PALESTIN


Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya kami memohon Engkau letakkan kami di tengkuk musuh-musuh kami, dan kami memohon perlindungan daripada kejahatan mereka, Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau seranglah mereka pada segenap penjuru, dan porak perandakanlah gagasan mereka, dan keraskanlah arahan Engkau ke atas pendirian mereka, dan kucar kacirkanlah pergerakan mereka, dan Engkau hantarlah anjing-anjingMu untuk menggempur mereka, wahai tuhan yang Maha kuat, Perkasa dan Pembalas dendam, ya Allah, ya Allah, ya Allah, Wahai tuhan kami yang menurunkun kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera ahzab, hancurkanlah mereka, dan menangkanlah kami ke atas mereka.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu, dan kami beriman dengan Mu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami menyanjung kepada Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufurkanMu. Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah, dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud, untuk Mu kami berusaha. Kami mengharapkan rahmat daripada Mu dan kami takutkan azab Mu. Sesungguhnya azab Mu yang berat sudah pasti terhadap golongan kuffar. Ya Allah azablah golongan kuffar yang menghalangi jalanMu.


Ya Allah Ya Tuhan Kami, muliakanlah Islam dan orang-orang Islam, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah Islam dan orang-orang Islam. Ya Allah Ya Tuhan kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan golongan yang lemah dan dizalimi, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Palestin (3 X),


Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Chechen, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di Kashmir, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah saudara-saudara kami di kalangan pejuang-pejuang di seluruh tempat dan pada setiap masa, Ya Allah Ya Tuhan Kami, menangkanlah mereka menentang musuh-musuh Mu dan musuh-musuh mereka, dan hancurkanlah kekafiran dan orang-orang kafir, kesyirikan dan orang-orang yang syirik, kemunafikan dan orang-orang munafik, kezaliman dan orang-orang zalim, dan musnahkanlah musuh-musuhMu dan musuh-musuh agamamu dikalangan orang Yahudi pencabul dan pengkhianat, dan golongan nasrani penjajah dan penyombong.


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau gegarkanlah bumi ini di bawah tumit-tumit mereka, dan campakkanlah mereka ke lembah kehinaan dan kekerdilan

Esok sekolah...

...esok sekolah.
Hmm ...amacam bebudak tu heh harini?
hanya Ajul , anak ke 6 saya yang masih di sekolah tadika tahun 2 rilek aje, siket pun tak kisah beg dia koyak sebenarnya...tapi dah OK... ummi tukar dengan beg lain. Rasanya banyak beg kat bilik pakaian diaorang tapi tau-taulah, banyak yang koyak. Beg zaman sekarang ni tak tahan, kalau nak beli kena check betul2, pastikan terutama bahagian pangkal tali bukan jenis mudah koyak

Sementara tu...yang lain2 macam2 mintak last day. dari yang kecik2 sampaila seluar zaim yang belum sempat beli...tapi tahun ni agak cool siket sebab banyak dah beli lebih awal...sempat menjengah 2/3 kedai peralatan sekolah hari ni...rainbow sesak, kedai kat maju mall agak kurang siket. ramai lagi yang last minute nampaknya...teringat 2/3 tahun lepas betapa sibknya saya sampaikan pukul 10 pagi baru beli baju untuk anak saya yang bersekolah tadika sebelah petang (first day)...alahai

Selamat bersekolah semua! Anda semua bertuah dapat bersekolah dengan aman jika nak dibandingkan dengan saudara dan kawan-kawan seIslam di Palestin...