Sunday, July 26, 2009

2 ogos..ingat

eh kak ima, asalamualaikum
waalaikum salam..beli apa
belanja sikit
balik ke kenduri arwah nanti
..bila eh? (sengaja uji)
2 haribulan
hm...insyaallah, nak kemana ni
ke upnm, tengok abangah, dah lama tak jengok
ala.. budak lelaki ok kot
hari tu balik sini jumpa kejap je, almaklum kerja shif
ok, kim salam kat angah, pehh lawa kete baru...

begitule kalau dah sebok, adikberadik pun jarang jumpa...moga dapat jumpa semua 2 ogos nanti sempena kenduri arwah ayahbonda...
kenduri?
ramadhan dah dekat!

Monday, July 13, 2009

Jadikan aku seperti Tsauban...

Seorang sahabat bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud

"Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." (An-Nisaa': 69)

Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

...sebagaimana diceritakan semasa MAM di KBM SSP baru-baru ini