Monday, July 30, 2007

Dah Selamat dah...

gambar akad nikah sahabatku mohamad shah abas 28.7.2007 lepas..
gambar kenangan bersama teman sekerja

Monday, July 23, 2007

Rehat bagi Daie

...e-mail dari seorang teman seperjuangan(28/3/07)...teringat mengenang diri yang 'ditinggalkan' ke DHL....setelah saban weekend menjalani kehidupan sebagai seorang Pak Im... semoga aku tidak lagi mengeluh

Wahai Bilal, rehatkanlah kami dengan solat

Ketika saya sedang hendak berwudhu’, seorang saudaraku berbangsa Algeria telah menegurku, “Saudara, bukankah solat ni suatu nikmat bagi kita?. Kita bekerjakeras, lalu Allah memberi kita peluang utk berehat. Alangkah indahnya, kan saudara? ”
“Hmm, betul tu ” jawabku ringkas sambil tersenyum. Namun di dalam fikiranku ligat berfikir tentang kurniaan Allah swt yg besar di sebalik solat ni.
Sememangnya manusia sehari harian menjalani kehidupan penuh dengan kesusahan
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” Al Balad:4
Jadi, saban hari kita melihat insan menjalani kehidupan mereka dgn penuh susah payah. Sehingga penatlah ia pada penghujung hari dan tertidur keletihan. Namun dalam kamus orang yang mahu kejayaan, berpenat itu adalah salah satu dari dua - 1) orang yg berpenat lelah semata² utk dunia material, mereka mendapat secukupnya dari hempas pulas mereka di dunia ini. Seperti firman Allah taala


“….barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (42:20)
Golongan kedua adalah mereka yang berhempas pulas di jalan Allah, mengajak manusia kepada Allah siang dan malam. Di samping itu juga, mereka tidak melupakan bahagian mereka yg Allah sediakan dari kehidupan dunia..


“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,” (28:77)

Maka kamu akan dapati golongan kedua ini berpenat lelah sepanjang harinya demi utk mengumpul bekalan mereka buat hari akhirat yg pasti. Cara kehidupan ini telah dipelopori oleh para Rasul yg terdahulu dan di sematkan di dalam Al Quran:

“”Nuh berkata: “”Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang,”" (71:5)

Masya Allah, betapa bersungguhnya para Nabi² dalam dakwah mereka ilallah. Begitulah juga kisahnya dengan saudara² daie muslimiin yg memdahului kita.
Seperti diceritakan oleh Imam Hasan Al Banna:


“Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita. Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara kita. Kita ketepikan anak isteri kita demi mereka. Alangkah besarnya harapan saya jika saudara-saudara yang masih tertanya-tanya ini melihat sendiri para pemuda Ikhwan al-Muslimin yang sentiasa berjaga malam ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Mereka bekerja berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa. Ada di antara mereka berada di pejabat daripada Asar hingga ke tengah malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh. Begitulah selama sebulan dan apabila tiba akhir bulan dia menyerahkan pendapatannya untuk jamaah. Segala perbelanjaannya hanya untuk dakwah, hartanya adalah untuk mencapai matlamatnya. Segala geraklakunya seolah berkata kepada masyarakat yang tidak sedar pengorbanan yang dilakukannya itu: Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripada Allah.

Begitulah karakter orang² yg berjaya. Sentiasa bekerja bersungguh² dan mengelak dari kemalasan diri. Bermujahadah dalam setiap saat hidupnya utk menjadikan setiap detik yg dilaluinya bermanfaat utk dirinya dan kaum muslimiin. Seorang soleh bernama Syeikh ‘Urfi pernah berkata ketika mengejutkan sahabatnya utk bangun malam:
“Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita.”
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********

Jika kehidupan mereka ini kita teliti, nescaya kita akan melihat betapa masa yg mereka ada tidak mencukupi utk segala urusan mereka dan sentiasalah mereka dalam kepenatan dan otak mereka ligat berfikir ttg masalah dakwah yg perlu diselesaikan saban waktu.
Maka setelah kita melihat kesungguhan para daie tersebut, yg menjadi benchmark amalan kita, maka barulah kita menyedari apa yg dimaksudkan oleh Nabi saw ketika baginda menyeyu kepada Akh Bilal bin Rabah dengan kata²nya


“Arehna biha(ya’ini as solah) ya Bilaal”

“Wahai Bilal, (laungkanlah azan dan) rehatkanlah kami dengan solat.”
Semoga Allah membalas pengorbanan para daie yang menelusuri jalan RasulNya saw, mewakafkan jiwa dan harta mereka fi sabilillah, dengan sebaik baik ganjaran.


Wallahu’alam

Friday, July 20, 2007

Seorang Tua, seorang Anak dan Seekor Gagak

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!" Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah... ... .". Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah. "Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan ? Itu burung gagak, burung gagak la... ..", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama. "Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut... ... ... . "Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak". Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama.

Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga." Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."

MORAL OF THE STORY: "JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA"

dari cikguya yahoogroups

Friday, July 13, 2007

Tazkeerah Hari Ini

Sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi ( supaya ia menerima Islam ), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang di kehendaki – Nya : AL-QASAS : 56 .

Friday, July 6, 2007

Anak2 abah dah besar..

anak abah dah besar rupanya ...dah ada lesen kereta.
lesen Formula 1 pulak tu. xpe2...mainle puas2 yer...dah cukup umur nanti abah bagi pulak kancil putih tu...



Gambar diambil semasa DC family Trip to Pulai Desaru...masa ni kengkawan KRJ tengah ready nak gi B2N kot...mujur ler sempat pegi lepas enjoy kat Desaru.huhu...