Sunday, March 30, 2008

Anak Yang Muharraran...

Surah Ali-Imran

[35](Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [36]Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". [37]Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".


Surah Maryam:

[4]Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. [5]Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. [6]Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".

[12]"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak. [13]dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa. [14]Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka. [15]Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

[30]Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. [31]Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. [32]" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka. [33]Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".

Tazkirah Pak Utih(Shafi Uda Jaafar) sempena Ihfifal SMIH keXII tengahari tadi...Syabas SMIH.
New Concept, New Commitment, New Spirit...
Tahniah Ihsan. 11A, Tahfiz Terbaik T2 2007!

Monday, March 10, 2008

Selamat pengantin Baru

Selamat pengantin baru kepada ketiga pasangan pengantin berikut yang sempat pergi kendurinya semalam, 9 Mac 2008, sehari selepas PRU12 ... Selamatlah Malaysia Baru, Selamat pengantin Baru!

1. Biras di Kg Permatang Duku, Benut (adik Abang Ariffin )...tak sempat jumpa pengantinnya, maafle, pukul 12.30 dah beransur, tapi sempat jumpa adik-beradikku dan abah dari Muar. Lagu tema dari kugiran kampung yang tak kurang hebatnya...

2. Pasangan Cikgu Andik dan Zaharuddin di Pekan Benut...acara gilang gemilang, 3 adik-beradik bersanding serentak...pun tak sempat jumpa semua...terpaksa gi tempat lain. Lagu tema: lagu joget dan tradisional ...siap ada DJ dari kampun Melayu JB.

3. Pasangan Khairuddin dan isteri di Kg Parit Bengkok, Batu Pahat...Orang baru dalam KRJ Johor. Satu lagi domino effect selepas Yeop dan Bai...next?

...Pergh penat jugak menempuh jem petang tu...tapi sesampai di rumah jam 8.45 anak2 kecik dirumah tersenyum puas sebab banyak terima habuan 'berkat' dan jajan...biasalah orang Johor.

...bersambung

Wednesday, March 5, 2008

Tazkirah hari ini...

Satu tazkirah yang takkan kuterlupakan...ampunkan aku ya Allah jika aku terlalu banyak berehat...

Salah seorang murabbi pengasas dakwah pernah mengingatkan kita, "Kerja dakwah ni umpama sekumpulan manusia yang ditugaskan menebas hutan...".

Orang yang menebas tidak ambil kesah bahkan tak terasa gangguan nyamuk dan agas kerana dia sibuk dengan kerjanya.

Dia juga tidak ada masa untuk mengomentar kerja tebas-menebas orang lain.

Dia tahu orang lain pun, macam dia juga, menebas dengan tujuan dan arah yang sama, cuma mungkin masing masing menggunakan kudrat dan alat yang berlainan, ada guna kapak, ada guna sabit, ada guna parang, ada guna mesin potong rumput... Apa pun sikap hormat menghormati dan saling mengiktiraf tetap ada.

Tetapi apabila seseorang berhenti menebas, berehat di bawah naungan pohon, maka mulalah dia melihat dan meneropong rakannya menebas. Kerja menebas diganti dengan kerja memberi komentar selari "..si A tu tak betul menebas, si B guna parang tumpul, si C tak kena cara..."

Ya, ini berlaku walaupun katanya dia sekadar berhenti rehat untuk mengasah parangnya yang tak tajam-tajam.

..Teruskan menebas!!

Lawan mengira di worldmaths.day.com

oleh Along Ihsan
rujuk http://www.worldmathsday.com/

Dalam kesibukan PRU12 sempat jugaklah cilok ngan abah gi CC...berentap dengan beribu-ribu remaja seluruh dunia dalam internet....sebenarnya cikgu yang initiate, students SMIH ada 350 orang masuk...Best gak lawan nak tengok macamana kepantasan ihsan mengira, nampak macam senang tapi banyak kali silly mistake...walaupun 90% dapat tempat pertama, tapi setakat ni tak dapat naik level lagi.

Kebanyakan lawan ihsan dari UK, Australia, HK, India,China USA, Singapura dan sikit2 dari negara lain. Dari 29 game yang lawan setakat ni...score 832, average 97%, takla best sangat setakat level 4 sebab bila tanya kekawan tadi...ramai dah masuk almost Einstein level dan Human Calculator level...level tertinggi tu! Yela mereka semuanya ada computer kat rumah, 4 lima jam dok depan computer OK la...

Ada sorang kawan tu berazam nak buat sampai pukul 3 pagi nanti...caiyok beb! Lawan tetap lawan! ada 22 jam lagi ni...