Saturday, August 21, 2010

nak Qiam kat mana?

seorang sahabat bertanya semalam nak qiam mana malam ni...hmm, mungkin dia dah biasa qiam jamie...mana2 je bro. jawab saya. Mungkin untuk meningkatkan motivasi elok ajak rakan atau ahli usrah. Di JB, selain UTM yang popular saya rasa tempat2 yang selesa ialah masjid taman U, desa jaya, BBU, kulai dan taman putri.

satu lagi mungkin yang menjadi pilihan ialah tempat dimana pihak masjid ada sediakan juadah sahur. tapi biasanya hanya dimalam 10 terakhir ramadhan..

jangan tunggu 10 akhir ramadhan. mulakan dari sekarang

bersambung
gambar anak bungsu saya syasya. beberapa bulan dulu mat sensitif dengan bunyi, kadang2 dengar azan pun mengamuk...mungkin kerana kekurangannya yang ada ciri-ciri GDD (global developmet delay). alhamdulillah, sekarang makin OK. sedang mendengar alunan zikir saudara Hafiz Bai dari laptop umminya...

Monday, August 16, 2010

Meraih pahala haji di luar Mekah

Rasulullah shalallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ،

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ، تَامَّةٍ، تَامَّةٍ، تَامَّةٍ.

Barangsiapa yang shalat subuh berjama’ah, kemudian duduk mengingat (berzikir) kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia mengerjakan shalat (dhuha) dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala haji dan umrah, dengan sempurna, sempurna, semparna (pahala).”



. Hadits Hasan riwayat Imam Tirmidzi, lihat Sunan At-Tirmidzi, kitab shalat, bab Ma dzukira mimma yustahabbu minal julusi fil masjidi ba'ada shalatis subhi hatta thulu'isy syamsi, 3/193-194 no. 583. Nashiruddin Al-Alabani mencantumkan hadits ini dalam kitab Shahih al-Jami'us shoghir, 5/313, no 6222 dari hadits Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu.

مَنْ قَعَدَ فِي مُصَلاَّهُ حِينَ يَنْصَرِفُ مِنْ صَلاَةِ الصُّبْحِ حَتَّى يُسَبِّحَ رَكْعَتَي الضُّحَى

لاَ يَقُولُ إلاَّ خَيْراً غُفِرَ لَهُ خَطَايَاهُ، وَإنْ كَانَتْ أَكْثَرَ مِنْ زَبَدِ الْبَحْرِ.

Barangsiapa yang duduk di tempat shalatnya (di Masjid) setelah selesai shalat subuhnya, hingga shalat dua rakaat dhuha, dia tidak berbicara kecuali hanya kebaikan, niscaya akan diampuni kesalahan-kesalahannya meskipun lebih banyak dari buih di laut.[1]

Dari Abu Umamah Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shalallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ صَلَّى صَلاَةَ الْغَدَاةِ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ جَلَسَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ،

ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ کنْقَلَبَ بِأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ.

Barangsiapa yang shalat subuh berjama’ah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga matahari terbit, kemudian berdiri lalu shalat (dhuha) dua rakaat, niscaya ia pulang dengan pahala haji dan umrah.[2]



[1] . Susunan Abu Daud, kitab shalat dhuha, 2/62 no. 1287. Musnad Imam Ahmad, 3/439.

[2] . Hadits riwayat At Thabarani dengan sanad yang jayid (bagus), lihat At-Targhib wat-Tarhib, Imam Al Mundziri 1/296 no. 6

Saturday, August 14, 2010

Nana kan lelaki


nana jom pegi taska, abah kena pegi masjid (solat jumaat)
taknak, nana nak ikut abah
eh...orang pempuan tak boleh pegi
nana kan lelaki
orang lelaki pakai songkok
(nana pun pakai la songkok abang dia)
hu..hu, lama la nak pujuk anak saya nana tu
dan akhirnya depan taska pun masih menangis
...gagal

Sunday, August 8, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat belajar buat semua



Trial SPM dah dekat...selamat belajar buat semua. Ni gambar2 masa masa visit MRSM Pontian pertenghan minggu lepas. ...lepas satu program, Semarak Ramadhan nama dia. Minggu ni minggu aktiviti tingkatan 1, 2 dan 4. Bagi tingkatan lima, kena mengulangkaji la..

tak larat nak upload bebanyak...slow giler

Saturday, August 7, 2010

macamni rupanya kuda kepang...hih

cuba klik sini
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-permainan-kuda-kepang-di-negeri-johor
fatwa kuda kepang dah lama saya tahu haram dan boleh membawa hukum syirik dan khurafat.

Selama hidup ini dan sebagai anak Johor tidak pernah saya ternampak atau terlibat dalam kuda kepang walaupun pernah terdengar mengenainya. Beberapa bulan lepas pernah juga terdengar seorang teman sepejabat yang ingin mengajar 'seni' ini kepada pelajar sekolah rendah di tamannya...maklumlah dia AJK PIBG di salah sebuah sekolah di tamannya...pun saya biarkan kerana tiada lagi kedengaran dia berbicara perkara tersebut selepas itu
...
minggu lepas saya ke medan selera yang baru dibuka berdekatan tempat tinggal
...
terkejutnya....
permainana kuda kepang sedang dipersembahkan!
alangkah teruknya, right at my own neighbourhood...
macamana masih boleh dipersembahkan dan diluluskan ni...ni bukan ceruk kampung!
terpinga-pinga saya dengan lagak ahli2 kuda kepang tersebut
...
memang benar khurafat dan syiriknya
jelas dan nyata
ada unsur2 menurun, menari tanpa sedar dan khayal...macam mat gian pun ada
pulak tu, ramai penonton termasuk kanak-kanak walaupun masa tu dah hampir mencecah 12 malam
...
moga mereka bertaubat