Thursday, August 21, 2008

2 Berita Gembira

I
Abah dah keluar wad hari ni...alhamdulillah syukur. Jzkk kepada semua yang mendoakan

II
Nun jauh disana seorang sahabat sedang bergembira dengan +ve test isterinya mengandung...Alhamdulillah setelah setahun menunggu

(tetapi kan sebenarnya tarikh 21 Ogos adalah satu tarikh memilukan dan meremukkan dalam sejarah ummah...Tarikh di mana musnahnya 1/3 qiblat pertama umat Islam, Masjidil Aqsa...bersambung)

Saturday, August 9, 2008

Skru...

…apa ada pada sebatang skru? Kalau tak digunakan atau disimpan di kedai mmg la tak de nilai tapi kejadian semalam mengajar saya erti sebatang skru…hanya kerana sebatang skru kereta saya tak leh bergerak…sejak nak masuk tol pagoh lagi gear dah meragam, sebenarnya kecuaian saya jugak, dah seminggu dua ada something funny kat gear tu saya buat tak endah aje… kekadang menyalahkan orang lain yang tak pandai tukar gear kereta Kancil saya masa memandu. Saya pakai Ok aje…

…sampai traffik light Sg.Terap dah kronik…try semula OK, tapi last traffic light hanya beberapa ratus meter nak sampai rumah …memang tak boleh masuk gear pun. Ahhh…sudah. Ingatkan kena hantar workshop memana…berapa ratus la kena ketuk petang ni..Boleh ke aku balik JB malam ni, Sempat ke tengok abah nih…Gear box rosak atau amende yang dahsyat mula terbayang.

Bertenang … Telefon abang Ngah..OK…engkau ka mana…bla bla bla …ni abang bawak mekanik ni, 10 minit kemudian settle…ahh skru depan ni tanggal bang, kata mekanik tu yang memang orang kampong saya. Depan rumah abang je bengkelnya. Saya pun tak perasan ada bengkel kereta kat situ!

Berapa upahnya ni bang…berapa-berapa la. Bagi duit kopi aje.

Lega…sampai abang sendiri pun saya tinggalkan aje dengan si mekanik tu…sambil memandu laju ke hospital
Sori bang…


Sunday, August 3, 2008

Abah


I
Sabtu...Dapat sms masa hijrah KBM SMTA... abah masuk wad 8 hospital muar pagi tadi...dah 2 malam x leh tidur.. sakit dada.... call lagi abang petang tadi...dah ok sikit tapi masih kat wad ...last time jumpa masa KBMC dan sebelum gi KBM MRSMP minggu lepas kat BP.

Mohon sahabat2 semua mendoakan. Weekend 9/8 ni mmg plan nak balik kenduri arwah mak... serba salah dan berbelah bagi sejak pagi tadi tambahan pulak pagi tadi x leh tidur... doakan abah sihat seperti biasa dan dapat jumpa kami sekeluarga minggu depan

II

Khamis...Semalam visit abah kali ke 3…nampak OK, sembang dekat sejam juga sementara abang , akak dan sedara-mara datang sekitar jam 5.30… bacaan di skrin stabil... abah ceria, cerita macam2 termasuk rakan2 pesakit dll…yang pastinya saya dah tak menangis tengok abah... Kak Ude kat KB balik pagi tadi.. Yang lelain dah balik semalam kecuali Kak Long, abang Ngah dan Usu., yang mmg ada kat kampung
…kawan engkau Dr Halim visit semalam kata abah…


III

Dapat SMS pagi ni abah kena guna serkup…aku mula #%&!** …Ya Allah permudahkanlah…permudahkanlah


IV

Uteh call…berdebar2. Tadi abah pakai serkup, tapi skarang dah tak. Tapi masih ada tiub kat hidung tu. Tengah siap-siap nak pindah 1st class (Tingkat atas)


Syukur…