Saturday, August 9, 2008

Skru...

…apa ada pada sebatang skru? Kalau tak digunakan atau disimpan di kedai mmg la tak de nilai tapi kejadian semalam mengajar saya erti sebatang skru…hanya kerana sebatang skru kereta saya tak leh bergerak…sejak nak masuk tol pagoh lagi gear dah meragam, sebenarnya kecuaian saya jugak, dah seminggu dua ada something funny kat gear tu saya buat tak endah aje… kekadang menyalahkan orang lain yang tak pandai tukar gear kereta Kancil saya masa memandu. Saya pakai Ok aje…

…sampai traffik light Sg.Terap dah kronik…try semula OK, tapi last traffic light hanya beberapa ratus meter nak sampai rumah …memang tak boleh masuk gear pun. Ahhh…sudah. Ingatkan kena hantar workshop memana…berapa ratus la kena ketuk petang ni..Boleh ke aku balik JB malam ni, Sempat ke tengok abah nih…Gear box rosak atau amende yang dahsyat mula terbayang.

Bertenang … Telefon abang Ngah..OK…engkau ka mana…bla bla bla …ni abang bawak mekanik ni, 10 minit kemudian settle…ahh skru depan ni tanggal bang, kata mekanik tu yang memang orang kampong saya. Depan rumah abang je bengkelnya. Saya pun tak perasan ada bengkel kereta kat situ!

Berapa upahnya ni bang…berapa-berapa la. Bagi duit kopi aje.

Lega…sampai abang sendiri pun saya tinggalkan aje dengan si mekanik tu…sambil memandu laju ke hospital
Sori bang…


2 comments:

tajudin said...

salam.

tq for d link. ni pak im yang mana ni? (roger roger)

Anonymous said...

heheh..nice story,pak im! :-D

semoga Allah permudahkn segala urusan pak im sekeluarga~!