II
Khamis...Semalam visit abah kali ke 3…nampak OK, sembang dekat sejam juga sementara abang , akak dan sedara-mara datang sekitar jam 5.30… bacaan di skrin stabil... abah ceria, cerita macam2 termasuk rakan2 pesakit dll…yang pastinya saya dah tak menangis tengok abah... Kak Ude kat KB balik pagi tadi.. Yang lelain dah balik semalam kecuali Kak Long, abang Ngah dan Usu., yang mmg ada kat kampung
…kawan engkau Dr Halim visit semalam kata abah…
III
Dapat SMS pagi ni abah kena guna serkup…aku mula #%&!** …Ya Allah permudahkanlah…permudahkanlah
IV
Uteh call…berdebar2. Tadi abah pakai serkup, tapi skarang dah tak. Tapi masih ada tiub kat hidung tu. Tengah siap-siap nak pindah 1st class (Tingkat atas)
Syukur…