Thursday, May 22, 2008

Barang Naik!

Isu semasa sikit...banyak nak tulis fasal DrD, Nakbah, Hari Ibu, Hari Guru tapi dah miss...



Petang tadi beli barang dapur kat Pasaraya S...rasanya tempat tu yang paling murah kat JB sepanjang 15 tahun kat sini...Perrgh, terkezut be**k, dari sekecil2 barang sampai sebesar2 barang, at least naik harga 10%. Tak tau le kalau kat pasar2 biasa memang lagi mahallah



Kat tempat beras...pak cik tu dah tercengang2.... "Dah naik RM10 sekampit Pak Cik..." kataku nak meyakinkan...



Kat tempat tepung dan biskut..pak cik tu tegur lagi, " kena beli bebanyak nih...kurangkan makan beras"... ye la pak Cik, dalam hati berkata ...tapi anak-anakku nasi putih aje yang semua orang makan. Sampai 3 kali...Nak buat nasi lemak pun fikir 7 lapan kali sebab ada yang tak makan, ada yang tak makan roti, ada yang tak makan biskut..



Patutle minggu lepas nampak orang angkut 7 lapan karung dalam troley (sebelum harga beras naik)...apa lagi nak cakap. Nak tanam ubi pun tanah sekangkang kera pun takde..



Rasa membazirnya 2/3 hari lepas tak habis separuh nasik masa makan tengahari kat warung Rasa rindunya nak duduk kampung aje...makan ubikayu cecah sambal 'totok' pun dah kenyang
Rasa sempitnya dunia bila nilai RM50 dah macam RM15..