beberapa hadis alam kuliah Ustaz Hairozi tadi...
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ جَاءَتْ مَلَائِكَةٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ نَائِمٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ إِنَّهُ نَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ إِنَّ الْعَيْنَ نَائِمَةٌ وَالْقَلْبَ يَقْظَانُ فَقَالُوا إِنَّ لِصَاحِبِكُمْ هَذَا مَثَلًا فَاضْرِبُوا لَهُ مَثَلًا فَقَالَ بَعْضُهُمْ إِنَّهُ نَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ إِنَّ الْعَيْنَ نَائِمَةٌ وَالْقَلْبَ يَقْظَانُ فَقَالُوا مَثَلُهُ كَمَثَلِ رَجُلٍ بَنَى دَارًا وَجَعَلَ فِيهَا مَأْدُبَةً وَبَعَثَ دَاعِيًا فَمَنْ أَجَابَ الدَّاعِيَ دَخَلَ الدَّارَ وَأَكَلَ مِنْ الْمَأْدُبَةِ وَمَنْ لَمْ يُجِبْ الدَّاعِيَ لَمْ يَدْخُلْ الدَّارَ وَلَمْ يَأْكُلْ مِنْ الْمَأْدُبَةِ فَقَالُوا أَوِّلُوهَا لَهُ يَفْقَهْهَا فَقَالَ بَعْضُهُمْ إِنَّهُ نَائِمٌ وَقَالَ بَعْضُهُمْ إِنَّ الْعَيْنَ نَائِمَةٌ وَالْقَلْبَ يَقْظَانُ فَقَالُوا فَالدَّارُ الْجَنَّةُ وَالدَّاعِي مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَنْ أَطَاعَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَى مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرْقٌ بَيْنَ النَّاسِ
Daripada Jabir bin Abdillah r.a. katanya, “Malaikat-malaikat telah datang kepada Nabi s.a.w. ketika mana Baginda sedang tidur lalu sebahagian mereka berkata, “Sesungguhnya dia sedang tidur”, sebahagian yang lain pula berkata, “Sesungguhnya matanya tidur dan hatinya sedar”. Mereka berkata, “Sesungguhnnya ada perumpamaan untuk sahabat kamu ini maka buatlah perumpamaan untuknya. Maka sebahagian mereka berkata, “Sesungguhnya dia sedang tidur”, sebahagian yang lain pula berkata, “Sesungguhnya matanya tidur dan hatinya sedar”. Lalu mereka berkata, “Perumpamaannya adalah seperti seorang yang membina satu rumah dan menyediakan hidangan di dalamnya. Dia mengutuskan seorang penyeru maka sesiapa yang menyahut seruan penyeru tersebut dia akan memasuki rumah dan memakan daripada hidangan tersebut dan sesiapa yang tidak menyahut seruan penyeru tersebut dia tidak akan memasuki rumah dan makan daripada hidangan. Lalu mereka berkata, “Takwilkan ia untuknya nescaya dia akan memahaminya. Lalu sebahagian mereka berkata, “Sesungguhnya dia sedang tidur”, sebahagian yang lain pula berkata, “Sesungguhnya matanya tidur dan hatinya sedar”. Maka mereka berkata, “Rumah itu adalah syurga, orang yang menyeru adalah Muhammad s.a.w.. Sesiapa yang mentaati Muhammad s.a.w. sesungguhnya dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakai Muhammad s.a.w. sesungguhnya dia telah menderhakai Allah dan Muhammad s.a.w. adalah pembeza antara manusia”. (HR Bukhari )

bersambung...
No comments:
Post a Comment