Friday, February 26, 2010

Jom ziarah anakanda Ahnaf Razin di HSA

Assalamualaikum....saya sempat ke HSA , JB selepas Jumaat tadi untuk ziarah anakanda Ahnaf Razin yang selamat menjalani pembedahan semalam (pembedahan 'thoracotomy'
untuk mengeluarkan 'abscess' (cecair nanah) di paru-paru sebelah kiri.)


Ahnaf tengah demam sekarang...bersama ibunya Khusnul, banyak jugak wire dan tiub bersambung ketubuhnya. Alahai, kesian tengok...

Ahnaf akan menyambut hari lahirnya pertamanya pada 2 Mac nanti. Jom doakan moga anakanda Ahnaf cepat sembuh dan diberikan kesabaran pada ayah dan ibunya. Mungkin Ahnaf akan berada di wad selama 7-10 hari.

Bersama ayah Ahnaf (saudara Razin), cikgu Norhan dan cikgu Abdullah sebelum beransur pulang. Anakanda Ahnaf baru berpindah ke tingkat 2, blok B petang tadi, sebelum ni di tingkat 1 (ICU). Jom Ziarah..
Jom ziarah...

No comments: