Wednesday, March 5, 2008

Tazkirah hari ini...

Satu tazkirah yang takkan kuterlupakan...ampunkan aku ya Allah jika aku terlalu banyak berehat...

Salah seorang murabbi pengasas dakwah pernah mengingatkan kita, "Kerja dakwah ni umpama sekumpulan manusia yang ditugaskan menebas hutan...".

Orang yang menebas tidak ambil kesah bahkan tak terasa gangguan nyamuk dan agas kerana dia sibuk dengan kerjanya.

Dia juga tidak ada masa untuk mengomentar kerja tebas-menebas orang lain.

Dia tahu orang lain pun, macam dia juga, menebas dengan tujuan dan arah yang sama, cuma mungkin masing masing menggunakan kudrat dan alat yang berlainan, ada guna kapak, ada guna sabit, ada guna parang, ada guna mesin potong rumput... Apa pun sikap hormat menghormati dan saling mengiktiraf tetap ada.

Tetapi apabila seseorang berhenti menebas, berehat di bawah naungan pohon, maka mulalah dia melihat dan meneropong rakannya menebas. Kerja menebas diganti dengan kerja memberi komentar selari "..si A tu tak betul menebas, si B guna parang tumpul, si C tak kena cara..."

Ya, ini berlaku walaupun katanya dia sekadar berhenti rehat untuk mengasah parangnya yang tak tajam-tajam.

..Teruskan menebas!!

No comments: