Monday, March 10, 2008

Selamat pengantin Baru

Selamat pengantin baru kepada ketiga pasangan pengantin berikut yang sempat pergi kendurinya semalam, 9 Mac 2008, sehari selepas PRU12 ... Selamatlah Malaysia Baru, Selamat pengantin Baru!

1. Biras di Kg Permatang Duku, Benut (adik Abang Ariffin )...tak sempat jumpa pengantinnya, maafle, pukul 12.30 dah beransur, tapi sempat jumpa adik-beradikku dan abah dari Muar. Lagu tema dari kugiran kampung yang tak kurang hebatnya...

2. Pasangan Cikgu Andik dan Zaharuddin di Pekan Benut...acara gilang gemilang, 3 adik-beradik bersanding serentak...pun tak sempat jumpa semua...terpaksa gi tempat lain. Lagu tema: lagu joget dan tradisional ...siap ada DJ dari kampun Melayu JB.

3. Pasangan Khairuddin dan isteri di Kg Parit Bengkok, Batu Pahat...Orang baru dalam KRJ Johor. Satu lagi domino effect selepas Yeop dan Bai...next?

...Pergh penat jugak menempuh jem petang tu...tapi sesampai di rumah jam 8.45 anak2 kecik dirumah tersenyum puas sebab banyak terima habuan 'berkat' dan jajan...biasalah orang Johor.

...bersambung

No comments: