Monday, February 11, 2008

Raya Orang..'Raya' Kita

Perghh...bingitnya telinga dengarkan mercun malam TBC bebaru ni...kali ni lebih kuat dari biasa...kiri, kanan, depan, belakang...yang bestnya...kali ni tak keluar langsung tengok mercun...layan je tengok TV...anak-anak pun bila ditanya esoknya pun sedar...tapi depa rilek aje...sedar dan tidur semula...raya orang, bukannya raya kita, buat apa nak sama2 merayakan...tapi sempena cuti hampir semua la keluarga dari Kelantan, KL dan Melaka turun JB..

Ni masa breakfast nasik kerabu kat rumah kami..ni masa kenduri kahwin anak ayah Ne, 9 Feb di BBU..

selamat panjang umur...masa sambut birthday nenek, Pok Muda dll kat rumah Ayah Long, 9 Feb...ramai gak lahir bulan Februari termasuk Naufal, 11 Februari...tapi dia tak de masa ni...gi gunting rambut pulak dengan Ihsan dan Ayah Tok

esoknya lepas semuanya dah balik ..., pegi la gunting rambut tempat Naufal gunting semalam kat TSP... abang tukang gunting tu mention la Ayah Tok..siap puji lagi...hmm tak payah la diceritakan detailnya kat sini...tapi aku memang bangga dengan bapa mertuaku.

No comments: