Motivasi sempena Perjumpaan dgn Ibubapa pelajar Tahfiz SMIH semalam
Sabda Rasulullah yang bermaksud; Allah akan berkata kepadamu disyurga: Bacalah Al Quran itu sepertimana kamu membacanya didunia. Sesungguhnya manzilah(kedudukan)mu di syurga ialah di tempat mana kamu berhenti membacanya". Bererti semakin banyak menghafaz semakin tinggi kedudukan di syurga (Hadis Qudsi Riwayat Abu Daud, Ahmad, Tirmizi dan Nasai)
Siapa yang membaca/menghafaz Al Quran, yang mengetahui halal dan haramnya, akan memberi syafat kepada 10 ahli keluarga di akhirat (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)
Yang menariknya ialah perkongsian dari ibu bapa...antaranya seperti berikut:
1. Kita (ibubapa) rerajinle menghafal Al Quran...baru tahu betapa payahnya anak menghafal, usah dok tanya, "ngapa baru juz sekian, sekian.., ngapa lom habis lagi juz sekian, sekian.."hmmm...fahamle tu
2. PIBG Lokaliti (SMIH) patut membantu pelajar tahfiz ...hmmm kena buat sesuatu ni...mungkin boleh buat program bulan ramadhan agaknya.
3. Makanan...banyakkan makan kismis, korma ajwa, buah badam, minum air zam-zam...jangan makan kepala ikan, buah kacang parang...
Frankly speaking, tak ada petua apa-apa pun yang diberikan kepada Ihsan dan Naufal...cuma sesekali bertanya, dah sampai mana?...teruknya aku...
Moga dipermudahkan segalanya buat Muhammad Ihsan & Nadiyah Syahira,3 Intisor SMIH dan Muhammad Naufal, 1 al Farabi di MTS Nurul Aman, Kok Lanas... dan semua bakal huffaz
1 comment:
Salam.
Dapat blog ni dari Aya. Ni kat rumah Abe Long
Fakhru
Post a Comment