Raya Orang Johor
ahad..1 zulkaedah
syawal dah habis sepurnama
hari ni zulkaedah pula menjelma
tapi kat johor masih raya
hari ni ‘final day’ kata mereka
sana sini ada raya perdana
termasukla kat taman nama hujungnya perdana
YB yang datang kata hari ni aje ada 6 jemputan
Pehh…meriah sakan, raya tak cukup sebulan!
Hujung minggu ada je rumah terbuka
Malam pula penuh marhaban
Orang bujang tentu suka
Jimat duit makan sebulan
Kekadang outstation anak kat rumah bertanya
Abah...malam ni boleh ke pegi marhaban
Pergilah, buat wakil abahnya
Dan lagi jangan pulak sesat jalan
Tuan imam awal-awal dah peringat
La ni barang dah naik..elok le berjimat
Buat majlis raya biarla berpada
Air sirap dengan kuih pun tak ape
Kepada remaja yang tak ponteng puasa
Kalau ayah bonda beraya, elokle pegi sama
Jangan duduk rumah saja
Asyik tengok TV…tak kenal sanak saudara
Ini ada satu nasihat berguna
Aidilfitri disambut sehari cuma
Nak Raya sebulan silakan le...
Lagipun...masa ni la orang nak ajak kita
Wahai rakan wahai saudara
Jika semasa bulan puasa...
Qiam kau jaga, quran kau baca
Mengapa kini dah tinggal pula?
Masjid dan surau kembali sunyi
Al Quran memanggil...mari bacaku lagi
Apa nak kau jawap wahai diri
Nak tunggu ramadhan kah kembali?
No comments:
Post a Comment