Katak Hazim
“Sila letakkan kerja rumah diatas meja masing-masing,” Cikgu Manisah mengarah murid-muridnya.
Murid-murid Tahun Dua Cempaka mengeluarkan buku masing-masing. Cikgu Manisah berjalan sekeliling kelas menyemak kerja rumah mereka.
“Mana kerja rumah saudara?” Tanya Cikgu Manisah kepada Hazim.
“ Saya...saya...tertinggal di rumah,” jawab Hazim ketakutan.
“Jangan cuba berbohong,” tegas Cikgu Manisah.“Saya tahu saudara tidak menyiapkan kerja rumah itu!” Jerkahnya pula. Dia mengambil beg Hazim. Diselongkarnya beg bagi mencari buku itu.
"Apa ni? Apa benda yang saya pegang ini?” Tanya Cikgu Manisah sambil tangannya masih berada di dalam beg Hazim.
“Katak!” Pekik Cikgu manisah sambil membaling katak itu keluar kelas. Hazim terkejut. Murid-murid lain juga terkejut.
“Di mana saudara letak beg selepas balik dari sekolah?” Cikgu Manisah bertanya dalam nada yang masih lagi terkejut berbaur marah.
“ Saya tidak ingat,” kata Hazim. “Kadang-Kadang di tepi pintu, ada kalanya dibawah tanggaa... di bawah meja... dibawah katil... entahlah...,” sambung jujur.
“Patutlah katak masuk ke dalam beg,” marah Cikgu Manisah. Jangan-jangan ada haiwan lain yang bersarang dalam beg itu, sambung Cikgu Manisah lagi sambil mengangkat-angkat bahu. Geli.
“Bawa beg keluar kelas dan keluarkan semua barang yang ada di dalamnya,” perintah Cikgu Manisah.
Hazim menurut.Dia keluar kelas, akur dengan begnya.
“Ya Allah, mengapa dibiarkannya buku jadi begini!” Jerit Cikgu Manisah yang sudah hilang sabarnya.
Semua buku Hazim lembab. Terdapat juga sisa makanan basi melekat pada beberapa bukunya. Cikgu Manisah menutup hidung, tidak tahan dengan bau hapak yang datang daripada buku-buku itu.
“ Lap buku-buku itu dengan kain ini dan jemurkan di kaki lima kelas!” Perintah Cikgu Manisah.
“Pastikan buku-buku kering sebelum dimasukkan semula ke dalam beg,”perintah Cikgu Manisah lagi.
“Baik ”, jawab Hazim, mengangguk-anggukkan kepalanya. Hairan Cikgu Manisah melihat Hazim. Hatinya tertanya-tanya.
“Aku perlu menyiasat latar belakang Hazim, anak siapakah dia? Bagaimanakah hidup keluarganya?” Hati Cikgu Manisah terus berbisik.
“Adakah puan mengenali Hazim, murid Dua Cempaka itu?” tanya Cikgu Manisah kepada Cikgu Siti.
“Kenal, mengapa?”, Cikgu Siti pula menyoal balas.
“Hari ini saya jumpa katak dalam beg sekolahnya. Buku-bukunya pula, semuanya lembab”, jelas Cikgu Manisah.
“ Yakah?”, tanya Cikgu Siti.“ Hazim memang malang. Dia kurang medapat perhatian daripada ibubapanya.Mereka terlalu sibuk mencari wang sehingga mengabaikan Hazim” sambung Cikgu Siti menceritakan nasib Hazim.
“Begitu......” hampir tidak kedengaran suara Cikgu Manisah.
“Kasihan Hazim,dia menjadi mangsa kelalaian ibubapa” keluh Cikgu Manisah. Dia mengerti mengapa keadaan Hazim tidak terurus.
“Hazim perlu diselamatkan” getus hati Cikgu Manisah.Dia mengukir perjanjian dengan dirinya bagi membantu muridnya itu. Disemat erat di hatinya janji itu.
Dipetik dari Seluhur Budi Guru susunan Azman Ahmad (2006) sempena minggu membaca anak-anakku semasa cuti sekolah. Selamat membaca semua!
No comments:
Post a Comment