cuba klik sini
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-permainan-kuda-kepang-di-negeri-johor
fatwa kuda kepang dah lama saya tahu haram dan boleh membawa hukum syirik dan khurafat.
Selama hidup ini dan sebagai anak Johor tidak pernah saya ternampak atau terlibat dalam kuda kepang walaupun pernah terdengar mengenainya. Beberapa bulan lepas pernah juga terdengar seorang teman sepejabat yang ingin mengajar 'seni' ini kepada pelajar sekolah rendah di tamannya...maklumlah dia AJK PIBG di salah sebuah sekolah di tamannya...pun saya biarkan kerana tiada lagi kedengaran dia berbicara perkara tersebut selepas itu
...
minggu lepas saya ke medan selera yang baru dibuka berdekatan tempat tinggal
...
terkejutnya....
permainana kuda kepang sedang dipersembahkan!
alangkah teruknya, right at my own neighbourhood...
macamana masih boleh dipersembahkan dan diluluskan ni...ni bukan ceruk kampung!
terpinga-pinga saya dengan lagak ahli2 kuda kepang tersebut
...
memang benar khurafat dan syiriknya
jelas dan nyata
ada unsur2 menurun, menari tanpa sedar dan khayal...macam mat gian pun ada
pulak tu, ramai penonton termasuk kanak-kanak walaupun masa tu dah hampir mencecah 12 malam
...
moga mereka bertaubat
No comments:
Post a Comment