Monday, January 5, 2009

Promosi ok Program OK...


2 hari lepas ada Forum Maal Hijrah dimasjid TSPP. Forum?...Ada kelainan tahun ni nampaknya... alhamdulillah , walaupun agak kesal kerana pengumuman yang lambat, pun begitu kehadiran boleh tahan....penuhlah separuh masjid… mungkin ahli panelnya 2 tokoh terkenal disekitar kawasan aku tinggal, Ustaz Rifki Maidin dan Ustaz Sulaiman Maidin (JAIJ) , dua-dua anak Maidin...lambat tahu, mungkin sebab tak sempat pergi masjid tu sehari dua tu agaknya atau AJK Masjid lambat gantung banner dan tulis kat notice board....Announcement kat mailinglist masjid pun lambat...

Bercakap fasal promosi dan iklan ceramah ...ada satu lagi yang agak kukesali selepas berkesempatan mendengar ceramah Palestin di Masjid BBU semalam. Ceramah sangat baik oleh Dr Rahim, seorang pensyarah dari UTM...lebih baik dari 4 hari sebelumnya di Masjid Taman U. Sampai di masjid , tiada satu iklan pun ada berkenaan program tu walaupun waktu ni, isu Palestin sepatutnya disebarluaskan kepada seluruh umat Islam. Aku cari dari pintu tepi ke ruang legar utama...hampa. Akhirnya yang hadir cuma sekitar 200-300 orang yang kukira memang sebanyak itulah jemaah yang hadir pada waktu maghrib dan isyak pada hari2 biasa.

Banyak cara sepatutnya untuk promosi program. Apatah lagi program yang sangat penting seperti ini. Pihak urusetia program solat hajat dan ceramah berkenaan isu Palestin yang sama di Masjid Taman U harus dipuji. Walaupun diberi tempoh kurang 24 jam untuk menganjurkan berkat kesungguhan promosi dibuat melalui mailist dan sms. Hasilnya tak kurang 1300 hadirin terpaku mendengar dan rasanya RM 10 ribu berjaya dikumpul. Lebih 50% orang muda...Tahniah orang Taman U...

Pagi tadi aku bertanya seorang rakan sekerja, testing tahu tak isu yang melanda umat di sana...jawapannya agak mengecewakan...semacam tau apa yang berlaku tapi ’blur’...betullah, cabaran sekarang sememangnya memberi fakta sebenar supaya mereka prihatin. Nak suruh datang masjid dengar ceramah palestin?...entahlah...puas gak aku SMS semasa program Taman U...ada la sorang dua yang respon atau hadir... pun satu hal kerana berapa ramaikah umat Islam yang ke masjid pada waktu-waktu biasa... Satu soalan yang tak bisa ku jawap..

Yang aku pasti tak kurang 15 ribu orang membanjiri Danga Bay untuk hadir konsert tahun baru.

...Sementara itu Yahudi laknatullah terus mengganas. Semalam serangan tentera darat dimulakan.Ya Allah selamatkan saudara-saudara kami di Palestin dan dimana-mana sahaja...

No comments: