Thursday, December 18, 2008

C 8149...batu enam bakri

...mohon tuan2 doakan supaya di ampunkan dosa almarhum ...almarhum adalah anak tempatan, semestinya ada perbuatan yang tak disenangi ...
...semacam biasa didengar skrip yang sama puluhan kali semasa suara imam ali bercakap semasa kami mengusung jenazah ke van ...
...Cuma kali ni bukan simulasi KBM saban minggu aku dan kawan-kawan

Kulihat dengan ekor mata satu2 orang kampung yang melawat...mana wajah2 pakcik-pakcik yang kukenal...kucari satu-satu saudara seusia abah...satu, dua, tiga...mana wak salleh dari hujung kampung? Mana pak mail jiran sebelah rumahku?, mana wak kasan...pak andak...kini cuma wajah-wajah baru seusiaku mengisi segenap ruang...aduhai, rupanya ramai saudara seusia abah yang sudah mendahuluinya menemui ilahi...

diri...
mengapa kau terlalu berlengah semalam
bukahkah kau telah bersiap seawal pagi...
...
...
Tujuan aku balik kampung semalam hanyalah rutin biasa untuk menjaga abah...agak lewat dari biasa kerana meladeni anak2 di taman PT ..tetapi sehampir sampai ke tol pagoh, utehku menefon abah sudah tiada
Innalillah...
...
arghh...
jangan menangis diri,
...
kerana sesungguhnya
engkau telah diberi masa secukupnya untuk berbakti.
...
+
Sangat sedih rasanya...sms alang di mekah
Abang long cabut keja kejap...wakilkan ayah bawak adik-adik
Andak baru balik sehari dua lepas...2 hari
Pukul 11.30 abah ok lagi...macam biasa
+
...
...
'Anaknya ye..’
'Saya ji (haji kahar)’
'(Saya) kawan baiknya…’
'...dari mana ji..’
'kg tengah, dekat rumah pak mahad’
'Mm...(saudara dekat aku jugak rasanya'

'Kalau tak hafal yasin, baca qulhuallah aje..’
Lalu kami sama-sama naik van yang membawa jenazah abah

alhamdulillah perjalanan ketanah perkuburan batu 6, bakri dimudahkan kerana mendapat khidmat anggota polis yang mengiringi dihadapan...mesti abang din dah contact kawannya... tak payahlah menunggu di traffic light....almaklum dah banyak traffic light sejak ada jalan pintas Muar ByPass yang memotong semua jalan kampung lama di kawasan selatan Muar.

namun terasa jauhnya perjalanan...bukankah jalan-jalan ini yang selalu ku tempuh semasa berulang alik untuk pulang ke kampung semasa disekolah asrama dulu?...bukankah ini jalan-jalannya ke pusara ibu?...mungkin tiada suara anak-anak yang sentiasa disisi bila berkenderaan, hanya suara haji kahar membaca yaasin ....jalan-jalan inilah aku hampir terlelap semasa hendak menziarahi ayah di satu senja dulu...dan ...melalui jalan-jalan inilah kenanganku sentiasa terusik...

Jangan menangis diri,
Masa lalu buat kau menginsafi diri
Dan bersyukur masih punya abah
hingga kepertengahan usia ini
Kullunafsin zaaikatilmaut
...kini hanya doamu mengiringi

C 8149...abah
catitla kat hp no ni...mana tau
ingat pokok je lim...
tak boleh jugak bang, mungkin kena tebang nanti...
sahut sipenggali kubur...

...dan seusai talkin dan sebelum melangkah pergi
nanti seminggu jenguk lagi ye..., kata haji kahar
tengok-tengokkan tanahnya ,..
aku mengangguk
... insyallah
bungkam lagi...


sementara itu msg tone hpku terus berbunyi...
...tumpang kete abang ngah
... nak singgah kubur atok mak dengan abang long?
...jom

6315...
Pusara bonda
pohon disebelahnyapun sudah tinggi


6088...
zuleffendi...
semak disekitarnya sudah menutup bumi
aduhai...lamanya aku sudah tidak ke sini

Alfatihah buat ayahanda, bonda dan anakanda, zuleffendi ahmad talib
Buat kalian yang masih punya ibu dan ayah
Hormati dan berbaktilah pada keduanya sepanjang hayatmu
...
Jazakumullahukhairan kepada semua yang mendoakan...juga tak terbalas semua sms yang bertali arus...

juga sahabat2 yang menziarahi tempohari




No comments: