DrD: Antara Ayat Al Quran yang sering diulang-ulang di SPP, PI Iskandar dan KONTARN yang lalu
1. Hargai Ni’mat iman
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya: ( AtTin: 6)
2. Islam umat terbaik (khairo-ummah)
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu(umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasik( Ali Imran :110)
3. Dajjal dan akhir zaman, Kelebihan Surah Al Kahfi
Hadis mengenai Dajjal dan Tasik Tabiriah/ Sea of Galilie (bukti kenabian Rasulullah)
Israel resah kerana SOG akan kering, kemarau yang panjang bakal menimpa Israel...maha benarlah hadis rasullullah (R Muslim, dll) Surah alKahfi dan keutamaan menghafal 10 ayat- mengelakkan fitnah dajjal...Bukan setakat menghafal, tetapi hendaklah memahaminya
4. Al Quran adalah Aqwam
إِنَّ هَـذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا
Sungguh, Al Quran ini memberi petunjuk kejalan yang lurus (aqwam) dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar (Isra:9 )**Aqwam menurut al-Qurtubi ialah Benar, Adil, Tepat
5. Hendaklah menguasai Al Quran: menghalalkan apa yang dihalalkan, mengharamkan apa yang diharamkan, mentafsirkannya dengan methodologi yang betul.
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاَوَتِهِ أُوْلَـئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَمن يَكْفُرْ بِهِ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Orang-orang yang telah Kami beri kitab, mereka membacanya sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Dan barangsiapa ingkar kepadanya mereka itulah orang-orang yang rugi( Al Baqarah:121)
6. Tanda-tanda kekuasaan Allah (Hubungan Al Quran dan Sains)
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kebesaran Kami disegenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa alQuran itu adalah benar. Tidak cukupkah ( bagi kamu)bahawa TuhanMu menjadi saksi atas segala sesuatu (Fusilat:53)
7. Teori Big Bang dan Sains dalam alQuran
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman? (Al-Anbiya:30)
8. Tujuan manusia dijadikan
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yamg paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti : (AlHujurat:13)
No comments:
Post a Comment