13 Ramadhan...
Kedai kat SMART dah pasang lagu raye
sementara aku...
masih terkial-kial lagi saban hari
sempat ke berbuka bersama keluarge
dengan jem dijalanraya dari PGH ke pulai perdana
larat ke nak bangun qiam pukul 3
sempat ke bermunajat padaNya
dimalam bersamaan setahun kali lapan puluh tiga
pasangla lagu raya...
kan ku pekakkan aje telinga
14 Ramadhan...
4 putera dah khatam semua
sementara aku...
masih terkial-kial saban hari
nak habiskan 20 muka
tahniah la semua
doakan abahmu juga berjaya
15 ramadhan
anakku dah tanya baju raya
abang ngah kat seremban dah tanya " raya balik mana?"
senangla nanti kami nak masak ketupat bayak mana
sementara aku...
masih tak fikir apa-apa
jawapannya belum ada wahai kekanda
16 ramadhan
saf di masjid ada yang dah tiada
eh...mana perginya mereka
sekejap ada sekejap tiada
mudah-mudahan aku masih sihat bertenaga
melalui fasa keampunan jua
dan kebabasan dari nerakaNya
17 ramadhan
peristiwa badar penguat jiwa
berkorban dan jihad apa saja
masa dan harta walaupun nyawa
bagi setiap jiwa yang merdeka
18 ramadhan
3R bersama remaja
pesanku buat semua
puasa bukan setakat lapar dahaga
tapi menuju jalan taqwa
albaqarah: ayat satu lapan tiga
No comments:
Post a Comment