Monday, July 23, 2007

Rehat bagi Daie

...e-mail dari seorang teman seperjuangan(28/3/07)...teringat mengenang diri yang 'ditinggalkan' ke DHL....setelah saban weekend menjalani kehidupan sebagai seorang Pak Im... semoga aku tidak lagi mengeluh

Wahai Bilal, rehatkanlah kami dengan solat

Ketika saya sedang hendak berwudhu’, seorang saudaraku berbangsa Algeria telah menegurku, “Saudara, bukankah solat ni suatu nikmat bagi kita?. Kita bekerjakeras, lalu Allah memberi kita peluang utk berehat. Alangkah indahnya, kan saudara? ”
“Hmm, betul tu ” jawabku ringkas sambil tersenyum. Namun di dalam fikiranku ligat berfikir tentang kurniaan Allah swt yg besar di sebalik solat ni.
Sememangnya manusia sehari harian menjalani kehidupan penuh dengan kesusahan
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” Al Balad:4
Jadi, saban hari kita melihat insan menjalani kehidupan mereka dgn penuh susah payah. Sehingga penatlah ia pada penghujung hari dan tertidur keletihan. Namun dalam kamus orang yang mahu kejayaan, berpenat itu adalah salah satu dari dua - 1) orang yg berpenat lelah semata² utk dunia material, mereka mendapat secukupnya dari hempas pulas mereka di dunia ini. Seperti firman Allah taala


“….barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (42:20)
Golongan kedua adalah mereka yang berhempas pulas di jalan Allah, mengajak manusia kepada Allah siang dan malam. Di samping itu juga, mereka tidak melupakan bahagian mereka yg Allah sediakan dari kehidupan dunia..


“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,” (28:77)

Maka kamu akan dapati golongan kedua ini berpenat lelah sepanjang harinya demi utk mengumpul bekalan mereka buat hari akhirat yg pasti. Cara kehidupan ini telah dipelopori oleh para Rasul yg terdahulu dan di sematkan di dalam Al Quran:

“”Nuh berkata: “”Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang,”" (71:5)

Masya Allah, betapa bersungguhnya para Nabi² dalam dakwah mereka ilallah. Begitulah juga kisahnya dengan saudara² daie muslimiin yg memdahului kita.
Seperti diceritakan oleh Imam Hasan Al Banna:


“Ramai di kalangan saudara kita yang masih tertanya-tanya walaupun mereka adalah orang yang amat kita kasihi sepenuh jiwa raga kita. Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagiaan kepada ummah dan saudara-saudara kita. Kita ketepikan anak isteri kita demi mereka. Alangkah besarnya harapan saya jika saudara-saudara yang masih tertanya-tanya ini melihat sendiri para pemuda Ikhwan al-Muslimin yang sentiasa berjaga malam ketika semua manusia sedang nyenyak tidur. Mereka bekerja berhempas pulas sedangkan mereka yang hanyut terus membuang masa. Ada di antara mereka berada di pejabat daripada Asar hingga ke tengah malam bekerja dan berfikir bersungguh-sungguh. Begitulah selama sebulan dan apabila tiba akhir bulan dia menyerahkan pendapatannya untuk jamaah. Segala perbelanjaannya hanya untuk dakwah, hartanya adalah untuk mencapai matlamatnya. Segala geraklakunya seolah berkata kepada masyarakat yang tidak sedar pengorbanan yang dilakukannya itu: Saya tidak pernah meminta ganjaran daripada kamu kerana pengorbanan ini. Segala ganjaran saya hanyalah daripada Allah.

Begitulah karakter orang² yg berjaya. Sentiasa bekerja bersungguh² dan mengelak dari kemalasan diri. Bermujahadah dalam setiap saat hidupnya utk menjadikan setiap detik yg dilaluinya bermanfaat utk dirinya dan kaum muslimiin. Seorang soleh bernama Syeikh ‘Urfi pernah berkata ketika mengejutkan sahabatnya utk bangun malam:
“Bangunlah. Awak akan tidur lama di akhir hayat nanti. Kita mesti bangun dan sujud di hadapan Allah; memuji-Nya dan mengucap syukur kepada-Nya atas segala ganjaran yang Dia kurniakan kepada kita.”
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********

Jika kehidupan mereka ini kita teliti, nescaya kita akan melihat betapa masa yg mereka ada tidak mencukupi utk segala urusan mereka dan sentiasalah mereka dalam kepenatan dan otak mereka ligat berfikir ttg masalah dakwah yg perlu diselesaikan saban waktu.
Maka setelah kita melihat kesungguhan para daie tersebut, yg menjadi benchmark amalan kita, maka barulah kita menyedari apa yg dimaksudkan oleh Nabi saw ketika baginda menyeyu kepada Akh Bilal bin Rabah dengan kata²nya


“Arehna biha(ya’ini as solah) ya Bilaal”

“Wahai Bilal, (laungkanlah azan dan) rehatkanlah kami dengan solat.”
Semoga Allah membalas pengorbanan para daie yang menelusuri jalan RasulNya saw, mewakafkan jiwa dan harta mereka fi sabilillah, dengan sebaik baik ganjaran.


Wallahu’alam

No comments: