Friday, October 17, 2008
Monday, September 1, 2008
balik muar lagi
dah 2 hari 2 malam kat muar...5th time balik sejak abah masuk wad awal bulan lapan...dulu2 pertama2 kali kalau balik lepas salam arwah emak dan abah mesti tengok pokok2 buah kat sekeliling rumah abah dan ada satu ekar lagi kat belakang. tak ada buah pun tak apa... memang seronok tanahnya bersambung dengan tapak rumah abah...
tapi kali ni balik terus ke wad 18. abah dah seminggu dimasukkan ke wad 18 lagi.dah 2 malam jugak tunggu abah di wad 18...memang hiba melihat keadaan abah malam semalam.. payah nak diceritakan, tapi biarlah ia menjadi kenangan yang tak terlupakan .. tapi malam tadi nampaknya ok, mungkin malam 1 ramadhan agaknya, tiada iblis dan syaitan menganggu, alhamdulillah.
Duku...duku
geram jugak tengok buah duku atas pokok kat keliling rumah abah..nak petik memang boleh sangat-sangat tapi siapa nak makan. adalah petik semalam sambil ronda-ronda dengan ihsan sikit..makan puas2 sebelum ramadhan, tapi macam x ade feel sbb terkenangkan abah kat hospital
mungkin abang dan akak2 pun rasa macam tu jugak kot...dah 2 minggu jugak masak, tapi duku2 kat pokok tu masih tak luak-luak. berapi kalilah abang ngah, alang dan abah suruh petik...nantilah bah, nak balik betul nanti pak im petik lah.
lagipun bukannya susah sangat panjat macam duku kat kelantan...ada yang boleh dipetik tanpa panjat pun...balik rumah ni perut asyik penuh aje...x de masa nak petik duku.
aisei, nak tunjuk gambarnya kamera x de, kalau boleh tunjuk...mesti geram jugak kalian yang melihatnya...sama lebat dengan buah langsat dan rambutan.
jom makan duku jom!
Thursday, August 21, 2008
2 Berita Gembira
II
Nun jauh disana seorang sahabat sedang bergembira dengan +ve test isterinya mengandung...Alhamdulillah setelah setahun menunggu
(tetapi kan sebenarnya tarikh 21 Ogos adalah satu tarikh memilukan dan meremukkan dalam sejarah ummah...Tarikh di mana musnahnya 1/3 qiblat pertama umat Islam, Masjidil Aqsa...bersambung)
Saturday, August 9, 2008
Skru...
…sampai traffik light Sg.Terap dah kronik…try semula OK, tapi last traffic light hanya beberapa ratus meter nak sampai rumah …memang tak boleh masuk gear pun. Ahhh…sudah. Ingatkan kena hantar workshop memana…berapa ratus la kena ketuk petang ni..Boleh ke aku balik JB malam ni, Sempat ke tengok abah nih…Gear box rosak atau amende yang dahsyat mula terbayang.
Bertenang … Telefon abang Ngah..OK…engkau ka mana…bla bla bla …ni abang bawak mekanik ni, 10 minit kemudian settle…ahh skru depan ni tanggal bang, kata mekanik tu yang memang orang kampong saya. Depan rumah abang je bengkelnya. Saya pun tak perasan ada bengkel kereta kat situ!
Berapa upahnya ni bang…berapa-berapa la. Bagi duit kopi aje.
Lega…sampai abang sendiri pun saya tinggalkan aje dengan si mekanik tu…sambil memandu laju ke hospital
Sori bang…
Sunday, August 3, 2008
Abah
I
Sabtu...Dapat sms masa hijrah KBM SMTA... abah masuk wad 8 hospital muar pagi tadi...dah 2 malam x leh tidur.. sakit dada.... call lagi abang petang tadi...dah ok sikit tapi masih kat wad ...last time jumpa masa KBMC dan sebelum gi KBM MRSMP minggu lepas kat BP.
Mohon sahabat2 semua mendoakan. Weekend 9/8 ni mmg plan nak balik kenduri arwah mak... serba salah dan berbelah bagi sejak pagi tadi tambahan pulak pagi tadi x leh tidur... doakan abah sihat seperti biasa dan dapat jumpa kami sekeluarga minggu depan
II
Khamis...Semalam visit abah kali ke 3…nampak OK, sembang dekat sejam juga sementara abang , akak dan sedara-mara datang sekitar jam 5.30… bacaan di skrin stabil... abah ceria, cerita macam2 termasuk rakan2 pesakit dll…yang pastinya saya dah tak menangis tengok abah... Kak Ude kat KB balik pagi tadi.. Yang lelain dah balik semalam kecuali Kak Long, abang Ngah dan Usu., yang mmg ada kat kampung
…kawan engkau Dr Halim visit semalam kata abah…
III
Dapat SMS pagi ni abah kena guna serkup…aku mula #%&!** …Ya Allah permudahkanlah…permudahkanlah
IV
Uteh call…berdebar2. Tadi abah pakai serkup, tapi skarang dah tak. Tapi masih ada tiub kat hidung tu. Tengah siap-siap nak pindah 1st class (Tingkat atas)
Syukur…