Saturday, May 15, 2010

Taqwa balasannya Syurga


Qaf:[31] Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). [32] (Serta dikatakan kepada mereka): “Inilah yang dijanjikan kepada kamu, – kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); [33] “(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat”. [34] (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): “Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal”. [35] Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).


Muhammad:[15] Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!


Al Baqarah: [2]Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; [3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.



Halaqah (iii) TIJB, 140510

Friday, May 7, 2010

TK





Sejak puluhan tahun dulu baca novel fasal kapalterbang terhempas di TK, mungkin novel pertama saya baca zaman kanak-kanak dulu...tak pernah pun terfikir nak ziarah tempatnya.. at last sempat jugak jenguk the heart of Tanjung Kupang...
InsyaAllah, akan ke sini lagi..tak jauh mana pun

Tuesday, April 27, 2010

TERASING...

...Ya, aku juga tidak percaya. Tapi bila sesorang itu berada dalam keadaan yang merasakan dirinya ditinggalkan, diasingkan, pertahannya akan jadi semakin tipis. Aku yakin keadaan Zaman yang kesukaran ketka itu, ada perkara lain yang berlaku kepadanya sehingga menyebabkan dia gugur seperti hari ini...TERASING (ms 219)

Sunday, March 28, 2010

Jom Riadah...

8.35
dah lama tak riadah kat Central Park walaupun belakang rumah aje... Harini kebetulan ada kawan-kawan dari PIBG Hidayah Lokaliti Pulai (1) turun sama..Mainnye kejap aje, biasalah sampai lambat..boraknya yang lama..mampu mendengar aje cerita-ceriti alam sekitar...dll


Nak baca kisah kami? Layari http://pibghidayahpulaisatu.blogspot.com



Ni gambar semalamnya...ronda2 dengan Aiman, Nana dan Syasya

budak ni kalau bola...hmmph, tak minat katanya. mujur jugak tahu main basketball, pukul bola badminton dan tennis...tengah pinjam raket orang



Sebahagian ibubapa dan anak-anak yang hadir... Program ini diadakan 2 minggu sekali, selasa malam ada usrah dan ahadnya riadah...2 minggu lagi gotong royong bersihkan masjid. Jom turun!



Saturday, March 13, 2010

Maulidurrasul @ Masjid Taman U

Alhamdulillah...Sempat ke Masjid Taman U (Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Skudai) semasa Maulidurasul baru2 ini. Tahniah kepada pihak masjid yang menganjurkan program yang pelbagai rupa untuk semua golongan. Bukan setakat ceramah perdana (saya tak hadir) dan makan-makan...malah ada karnival sukan selama seminggu (futsal, bola jaring, renang, chess dsb), jualan , pertandingan memasak, derma darah dan macam-macam lagi.

Sedikit gambar2 masa bawak anak-anak di sekitar 2 hari karnival tersebut.

Suasana di perkarangan utama menuju korridor jualan..
Anak-anak saya dan kawan mereka sedang membuat teka silangkata..

Khemah-khemah di ruang 'court'..masa ni tak ramai orang


Selepas makan...

Ada kereta bomba...

Jom lepak kat blog masjid ni...